TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Mohamad Hasan akui ramai cuba melaga-lagakannya dengan Zahid

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 2 Mei – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mendedahkan wujudnya cubaan oleh banyak pihak untuk melaga-lagakan beliau dengan Presiden parti, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Berucap pada pembukaan Konvensyen 80 Tahun UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini, beliau menegaskan tidak akan melayan segala bentuk adu domba tersebut demi mempertahankan kesetiaan kepada parti serta institusi presiden.

Beliau menjelaskan bahawa sungguhpun pelbagai dakwaan dilemparkan terhadap kepimpinan parti, beliau memilih untuk menutup telinga dan membutakan mata demi memastikan kelangsungan perjuangan UMNO yang didukungnya.

Mohamad yang juga Menteri Luar menyifatkan pendiriannya untuk kekal setia bukan satu kerugian, malah beliau bersedia kehilangan jawatan sekarang demi memastikan keutuhan kepimpinan sedia ada.

Sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-70 hari ini, beliau menegaskan bahawa dirinya tidak lagi mengejar kerjaya politik, sebaliknya hanya mahu menyumbang bakti kepada parti dan negara.

Beliau turut menyeru seluruh ahli parti agar tidak membiarkan anasir luar memecahbelahkan kesatuan mereka, terutama dalam saat genting bagi memastikan UMNO kekal relevan dalam landskap politik semasa.

+ - reset