TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Polis cari pemandu kereta pukul penunggang motosikal guna kayu

By
|
Kongsi
image

JOHOR BAHRU 2 Mei – Polis sedang giat mengesan seorang lelaki yang dipercayai bertindak agresif memukul seorang penunggang motosikal menggunakan sebatang kayu dalam satu kejadian tular di Jalan Bukit Chagar, Bukit Senyum, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat memaklumkan bahawa pihaknya mengesan rakaman video berdurasi 30 saat yang memaparkan pemandu kereta berkenaan melakukan provokasi sebelum menyerang mangsa di tengah jalan.

Walaupun kejadian dipercayai berlaku di kawasan sebuah stesen minyak, beliau mengesahkan bahawa setakat ini tiada sebarang laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak yang terlibat dalam insiden tersebut.

Walau bagaimanapun, polis telah memulakan siasatan bagi mengenal pasti identiti kedua-dua individu serta motif di sebalik tindakan berkenaan, selain sedang mengesan sebuah kereta bernombor pendaftaran BMY 7136 yang dipercayai terlibat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan di 07-2182323.

+ - reset