TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Lelaki warga Algeria pula maut jatuh dari balkoni KLIA

By
|
Kongsi
image

SEPANG 2 Mei – Seorang lelaki warga Algeria maut selepas dipercayai terjatuh dari kawasan luar balkoni Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA T2), dalam kejadian yang berlaku malam tadi.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner M. Ravi memaklumkan bahawa kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 9.10 malam melibatkan mangsa yang berusia 30 tahun.

Pasukan perubatan yang tiba di lokasi telah memberikan rawatan kecemasan awal sebelum mangsa segera dikejarkan ke Hospital Cyberjaya untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun, pihak hospital mengesahkan lelaki berkenaan telah meninggal dunia pada jam 2.55 pagi tadi akibat kecederaan yang dialami.

Pihak polis kini mengklasifikasikan kes tersebut sebagai Laporan Kematian Mengejut (SDR) sementara siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan insiden ini diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) KLIA di talian 03-8776 8222 bagi membantu siasatan.

+ - reset