Berita Viral
(VIDEO) Lelaki dera anjing di Kajang undang kemarahan netizen
Oleh AZIM SAID
Kajang 4 Mei — Satu insiden dipercayai melibatkan penderaan seekor anjing di hadapan kawasan MKH Boulevard, Kajang, tular di media sosial dan mengundang kemarahan orang ramai.
KLIK SINI UNTUK TONTON VIDEO PENUH
Rakaman video yang dikongsi menunjukkan seorang lelaki berjalan sambil memegang sesuatu objek, dipercayai digunakan untuk mendera anjing tersebut.
Walaupun butiran penuh kejadian masih belum disahkan, bunyi raungan anjing dalam video berkenaan mencetuskan kebimbangan dan simpati dalam kalangan netizen.
Rata-rata pengguna media sosial menggesa agar tindakan segera diambil terhadap individu tersebut.
Seorang pengguna media sosial, Marvel cinah, meluahkan perasaan sedihnya.
“Tak boleh la dengar suara anjing tu meraung, tolonglah yang rakam ni buat laporan,” komennya.
Seorang lagi pengguna, Maru bozu, menegaskan bahawa tindakan undang-undang boleh diambil.
“Buat laporan polis, Akta Perlindungan Haiwan ada, bole kena caj,” tulisnya.
Kes ini turut membuka persoalan lebih luas mengenai kesedaran terhadap kebajikan haiwan dan tanggungjawab pemilik haiwan peliharaan.
Orang ramai menggesa agar saksi kejadian tampil membuat laporan kepada pihak berkuasa supaya siasatan lanjut dapat dijalankan.
Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung insiden tersebut.
Namun, orang ramai diingatkan bahawa penderaan haiwan adalah satu kesalahan serius di bawah undang-undang Malaysia dan boleh dikenakan tindakan tegas.
Berita berkaitan
May 5, 2026, 5:11 pm
Murid darjah 2 maut dirempuh van depan sekolah di Batu Pahat
April 24, 2026, 2:48 pm
