Berita Viral
Murid darjah 2 maut dirempuh van depan sekolah di Batu Pahat
Oleh AZIM SAID
BATU PAHAT 5 Mei – Suasana di hadapan sebuah sekolah rendah bertukar pilu apabila seorang murid perempuan maut selepas dipercayai dirempuh sebuah van membawa barang dalam kejadian di hadapan Sekolah Kebangsaan Sri Maimon di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1.15 tengah hari itu, mangsa dipercayai baru sahaja tamat sesi persekolahan dan sedang dalam perjalanan pulang ke rumah bersama pelajar lain.
Menurut maklumat awal, van terbabit melalui kawasan berkenaan sebelum berlaku pelanggaran yang menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan.
Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, sekali gus mengundang suasana pilu dalam kalangan rakan-rakan sekolah serta orang awam yang berada di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.
“Maklumat lanjut akan dimaklumkan selepas siasatan lengkap dijalankan,” katanya.
Berita berkaitan
July 31, 2026, 10:07 am
Tular peniaga guna air liur untuk pisahkan pelapik makanan
July 30, 2026, 7:00 pm
Penumpang e-hailing hina islam, dakwa al-Quran ajar benda tak bagus
July 30, 2026, 11:47 am
Panik ketika keluar simpang, rider kemalangan selepas dikejar anjing liar
July 30, 2026, 10:25 am
Tular isi botol kicap ada bangkai cicak
July 29, 2026, 3:46 pm
Wanita China buat kecoh kumur, ludah air dalam LRT
July 29, 2026, 11:25 am
'Ingat anak nak ambil barang', wanita terkejut lelaki warga asing selamba buka bonet kereta
July 28, 2026, 12:04 pm
Hilang lepas sekolah tamat, kelurga mohon bantuan cari Gwen Mia
July 28, 2026, 10:32 am
