Berita Jenayah
Polis serbu gudang ganja di Sepang, rampasan bernilai RM4.8 juta
Oleh AZIM SAID
SHAH ALAM 8 Mei - Siasatan lanjut hasil tangkapan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 30 April lalu membawa kepada satu lagi serbuan di sebuah premis kediaman di Kota Warisan, Sepang.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata serbuan di lokasi itu membawa kepada penahanan dua suspek lelaki warga asing.
"Suspek masing-masing berumur 19 dan 25 tahun," katanya.
Polis telah merampas 109 bungkusan bunga ganja seberat 60 kilogram dengan nilai rampasan dianggarkan RM4.8 juta.
Ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis THC.
"Tangkapan dan rampasan ini membuktikan kewujudan sindiket pengedaran dadah berskala besar yang aktif dan terancang serta memberi ancaman serius kepada masyarakat," ujarnya.
Sehubungan itu, Polis Diraja Malaysia khususnya PDRM Selangor akan terus mempergiatkan tindakan penguatkuasaan tanpa kompromi.
Kedua-dua suspek sedang ditahan reman selama tujuh hari dan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Berita berkaitan
September 9, 2026, 6:25 pm
Polis tahan lima individu termasuk bekas pengerusi Tabung Haji bantu siasatan
September 8, 2026, 1:40 pm
Lelaki gagal bayar along dipaksa simbah cat dan bakar rumah mangsa lain
September 7, 2026, 1:40 pm
Dua lelaki ditahan polis selepas ragut rantai emas warga emas di Arau
September 7, 2026, 11:13 am
Mat rempit lari tinggal motosikal lepas dikepung polis di Putrajaya
September 6, 2026, 9:54 pm
Polis buru lelaki warga asing selepas syabu dijumpai dalam kereta
September 6, 2026, 9:17 am
Polis Pahang buka siasatan kanak-kanak perempuan dilayan kasar di taska
September 5, 2026, 2:53 pm
Vape disyaki kandungi dadah ‘Piu Piu’ RM160,000 dirampas di Batu Pahat
September 5, 2026, 2:45 pm
Tukang urut wanita maut terjatuh ketika elak pemeriksaan
September 5, 2026, 12:48 pm
Polis tahan 4 remaja curi 2 motosikal ketika solat Jumaat di Rembau
September 3, 2026, 2:32 pm
