Berita Jenayah
Lelaki warga Malaysia berusia 62 tahun ditahan seludup ganja hidroponik di Chennai
KUALA LUMPUR, 3 September – Seorang lelaki warga Malaysia berusia 62 tahun ditahan oleh pihak berkuasa Kastam India di Lapangan Terbang Antarabangsa Chennai selepas disyaki cuba menyeludup 3.452 kilogram ganja hidroponik bernilai RM520,000 ke negara berkenaan pada 31 Ogos lalu.
Suspek yang mendarat dari Kuala Lumpur dikesan cuba meleparti Laluan Hijau tanpa membuat sebarang pengisytiharan barangan sebelum dipintas oleh Unit Intelijen Udara Kastam Chennai susulan tingkah lakunya yang mencurigakan.
Hasil pemeriksaan terperinci ke atas bagasi suspek membawa kepada penemuan empat paket kedap udara mengandungi bahan hijau keperangan yang disembunyikan di dalam ruang khas bahagian bawah beg berkenaan.
Ujian analisis kimia menerusi kit pengesanan dadah mengesahkan bahan terbabit sebagai ganja hidroponik, sekali gus membawa kepada rampasan mengikut Akta Dadah Berbahaya dan Bahan Psikotropik India 1985.
Suspek kini direman untuk siasatan lanjut bagi mengenal pasti rangkaian penyeludupan dadah antarabangsa, manakala insiden ini merupakan kes kedua melibatkan warga Malaysia yang ditahan di lokasi sama atas kesalahan serupa dalam tempoh sebulan.
Berita berkaitan
October 28, 2026, 11:09 am
Geng rompak kubur di Miri tumpas, sembilan lelaki ditahan
October 27, 2026, 5:32 pm
Empat budak Myanmar direman baling batu, batang besi ke arah warga emas
October 27, 2026, 12:14 pm
Peneroka Felda Lok Heng Selatan maut ditetak lelaki mengamuk
October 27, 2026, 12:04 pm
Kes gangguan seksual: Pengetua sekolah lapor polis selepas diserang keluarga pelajar
October 26, 2026, 10:53 am
Lelaki China ditahan di Hong Kong bawa 2 kilogram kokain didakwa peroleh dadah di P. Pinang
October 19, 2026, 7:28 pm
Polis buru lelaki menyamar pengawal peribadi Raja Muda Selangor, lakukan aktiviti penipuan
October 19, 2026, 11:06 am
Geng curi motosikal tumpas, polis berkas tiga lelaki
October 18, 2026, 12:04 pm
Polis siasat hantaran provokasi bakar kedai milik warga Pakistan
October 18, 2026, 11:57 am
Wanita direman, bantu siasatan penemuan mayat bayi tidak sempurna di Terengganu
October 16, 2026, 2:49 pm
