TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

'Hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati' -Tengku Hassanal tegas mahu Pahang diberi layanan, pertimbangan saksama

By
|
Kongsi
image

 

KUANTAN 9 Mei – Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menegaskan pendirian supaya negeri Pahang diberikan layanan dan pertimbangan yang saksama dalam setiap urusan melibatkan Kerajaan Persekutuan.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan Istana AbdulAziz, Kuantan malam tadi, baginda turut mengambil maklum kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu dibangkitkan sebelum ini.

"Sehubungan itu, saya ingin menegaskan pendirian agar Negeri Pahang diberikan layanan serta pertimbangan yang saksama," titah baginda.

Dalam kenyataan sama, Tengku Hassanal turut menitipkan rangkap pantun yang disifatkan membawa mesej penuh makna.

"Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji di atas peti, Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati," titah baginda.

Terdahulu, ketika berucap pada Majlis Perasmian Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang, baginda menzahirkan rasa kecewa apabila usaha kerajaan negeri untuk menambah hasil menerusi eksport pasir sungai tidak diluluskan Kerajaan Persekutuan.

Baginda bertitah, Pahang mempunyai sungai terpanjang di Semenanjung Malaysia dan mendapan pasir yang banyak perlu dikeluarkan bagi memastikan aliran sungai lebih lancar.

Semalam, Anwar dilaporkan berkata beliau akan meminta Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menyediakan penjelasan menyeluruh mengenai peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada Pahang untuk dikemukakan kepada Tengku Hassanal.

+ - reset