TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Murid Tahun 6 meninggal dunia selepas pengsan ketika baca Yassin dalam perhimpunan sekolah di Klang

By
|
Kongsi
image

 

KLANG 9 Mei – Seorang murid lelaki tahun enam dilaporkan meninggal dunia selepas rebah dan pengsan ketika menghadiri perhimpunan di sebuah sekolah di Kapar, pada Jumaat.

Mangsa berusia 12 tahun itu disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian tersebut kira-kira jam 8.30 pagi.

"Mangsa dilaporkan pengsan kira-kira jam 8.30 pagi ketika perhimpunan di sekolah terbabit.

"Mangsa kemudiannya dibawa ke HTAR untuk rawatan susulan bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika tiba di hospital," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Difahamkan, sebelum kejadian mangsa mengikuti aktiviti bacaan Yasin yang diadakan di dewan sekolah berkenaan.

Menurut Vijaya Rao, hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati tiada unsur jenayah berkaitan kejadian tersebut.

"Setakat ini punca kematian belum dapat disahkan (pending laboratory investigations).

"Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR)," katanya.

+ - reset