Berita Berita
KTMB sedia 186 tren tambahan sempena Aidiladha, cuti sekolah
KUALA LUMPUR 8 Mei – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan sebanyak 186 tren tambahan melibatkan perkhidmatan ETS dan EMUPlus bagi menampung permintaan tinggi penumpang sempena sambutan Hari Raya Aidiladha serta musim cuti persekolahan akan datang.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB, Datuk Azlan Shah Al Bakri, memaklumkan bahawa inisiatif ini menyediakan kapasiti keseluruhan sebanyak 58,380 tempat duduk tambahan bagi tempoh perjalanan antara 22 Mei hingga 7 Jun ini.
Tiket bagi perkhidmatan tren tambahan tersebut boleh mula dibeli oleh orang ramai pada hari Sabtu ini, bermula jam 12 tengah hari.
Tren tambahan ini akan meliputi beberapa laluan utama iaitu dari KL Sentral ke Padang Besar, Butterworth, Ipoh, JB Sentral, serta laluan EMUPlus antara Klang dan Ipoh.
Inisiatif di bawah kempen ‘Road to Rail’ ini bertujuan menggalakkan rakyat beralih kepada penggunaan pengangkutan awam yang lebih selamat dan selesa, sekali gus mencerminkan keyakinan tinggi penumpang terhadap mutu perkhidmatan rel negara.
Selain itu, KTMB turut menawarkan diskaun sebanyak 30 peratus bagi tiket tren khas Ekspres Lambaian Aidiladha (ELA) 1029 untuk laluan perjalanan dari Tumpat ke KL Sentral.
Tawaran harga bagi kategori Superior Seater adalah serendah RM56 yang melibatkan sebanyak 274 tempat duduk. Pembelian tiket boleh dilakukan melalui aplikasi KITS Style, laman sesawang rasmi KTMB, atau di kiosk tiket stesen-stesen terpilih.
Berita berkaitan
June 26, 2026, 5:03 pm
PRN Johor: BN lancar manifesto 63 tekad, tawar 200,000 peluang kerja
June 26, 2026, 2:28 pm
PRN Johor: Pas sasar jadi pembangkang, mahu Melayu-Islam terajui Johor
June 26, 2026, 12:35 pm
MyExpo Dili 2026 kembali buka peluang pelaburan baharu ASEAN di Timor-Leste
June 26, 2026, 10:41 am
Budak 5 tahun maut terjatuh tingkat 24 kondominium
June 26, 2026, 9:30 am
PDRM rekod 14,211 tindakan tatatertib, SPRM 226 kes
June 26, 2026, 8:55 am
PM Anwar kekal pemimpin politik raih sokongan tertinggi - Tinjauan Merdeka Center
June 26, 2026, 8:47 am
Nahas dua maut, kereta pegawai polis hilang kawalan ketika memotong di Lenggong
June 26, 2026, 8:27 am
