Berita Berita
Banjir kilat: MBPJ kecualikan sewa dua bulan buat peniaga Medan Selera 223
KUALA LUMPUR 8 Mei – Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bersetuju memberikan pengecualian bayaran sewa selama dua bulan kepada para peniaga di Medan Selera 223 yang terjejas akibat kejadian banjir kilat baru-baru ini.
Pengecualian bagi bulan Mei hingga Jun 2026 itu diberikan sebagai langkah keprihatinan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam meringankan beban kewangan yang ditanggung peniaga susulan bencana berkenaan.
Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohamad Zahri Samingon, telah mengadakan lawatan ke lokasi tersebut bersama jabatan teknikal, Ahli Majlis MBPJ, serta wakil penjaja bagi meninjau keadaan semasa serta mengenal pasti punca utama banjir.
Lawatan tersebut turut membincangkan strategi mitigasi dan langkah pencegahan jangka panjang bagi memastikan kejadian serupa tidak berulang pada masa hadapan.
Sebagai usaha memperkasakan sistem amaran, MBPJ akan mengintegrasikan sensor pintar bersama kamera televisyen litar tertutup (CCTV) di lokasi berisiko untuk mengesan kenaikan paras air sungai secara masa nyata.
Sistem ini akan mengaktifkan siren amaran awal secara automatik bagi memberi peringatan segera kepada peniaga dan orang awam di kawasan terlibat sekiranya paras air dikesan meningkat ke tahap bahaya.
Berita berkaitan
June 26, 2026, 5:03 pm
PRN Johor: BN lancar manifesto 63 tekad, tawar 200,000 peluang kerja
June 26, 2026, 2:28 pm
PRN Johor: Pas sasar jadi pembangkang, mahu Melayu-Islam terajui Johor
June 26, 2026, 12:35 pm
MyExpo Dili 2026 kembali buka peluang pelaburan baharu ASEAN di Timor-Leste
June 26, 2026, 10:41 am
Budak 5 tahun maut terjatuh tingkat 24 kondominium
June 26, 2026, 9:30 am
PDRM rekod 14,211 tindakan tatatertib, SPRM 226 kes
June 26, 2026, 8:55 am
PM Anwar kekal pemimpin politik raih sokongan tertinggi - Tinjauan Merdeka Center
June 26, 2026, 8:47 am
Nahas dua maut, kereta pegawai polis hilang kawalan ketika memotong di Lenggong
June 26, 2026, 8:27 am
