Berita Berita
Bekas pembantu khas Teresa Kok dijangka didakwa kes rasuah RM500,000 di mahkamah esok
KUALA LUMPUR 10 Mei – Seorang bekas pembantu khas kepada Ahli Parlimen Seputeh dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin berhubung kes rasuah melibatkan projek mesra rakyat bernilai kira-kira RM1.5 juta.
Menurut sumber, lelaki terbabit dijadualkan didakwa sekitar jam 8.30 pagi.
Sebelum ini, media melaporkan dua individu termasuk bekas pembantu khas berkenaan direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah kira-kira RM500,000.
Wang tersebut dipercayai sebagai balasan membantu meluluskan dana projek mesra rakyat.
Sumber berkata, kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira jam 9.30 malam pada 5 Mac tahun lalu ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM.
Menurutnya, mereka disyaki melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2024 sebagai balasan membantu meluluskan permohonan dana projek mesra rakyat.
Projek berkenaan dipercayai melibatkan pembekalan interactive smart board kepada beberapa sekolah sekitar Kuala Lumpur.
Berita berkaitan
June 24, 2026, 8:11 pm
Fadhlina buat laporan polis, dakwa jadi mangsa video AI fitnah
June 24, 2026, 6:53 pm
PRN Johor: Onn Hafiz pertahan DUN Machap, ditentang calon muda PH
June 24, 2026, 6:47 pm
PRN Johor: BN pertaruh gabungan muka baharu, pemimpin berpengalaman di semua 56 DUN
June 24, 2026, 5:11 pm
Wanita trauma dakwa lelaki hulur ular dalam kereta, MBMB giat kesan suspek
June 24, 2026, 3:25 pm
'Content makan tuan', mahkamah arah Che’gu Bard bela diri kes fitnah Agong
June 24, 2026, 3:09 pm
Media sosial gagal patuh pengesahan umur berdepan denda hingga RM10 juta
June 24, 2026, 3:02 pm
Polis KL banteras curi kabel: 276 laporan diterima, rampasan bernilai RM629,000
June 24, 2026, 2:55 pm
