Berita Jenayah
Polis buru dua lelaki curi empat rim kereta di Taman Desa Minang
GOMBAK 11 Mei – Polis kini sedang giat mengesan dua lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes kecurian empat unit rim tayar kenderaan di sebuah kediaman di Taman Desa Minang, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir, mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut pada hari yang sama. Berdasarkan siasatan awal, insiden dipercayai berlaku kira-kira jam 6.05 pagi membabitkan dua suspek yang menaiki sebuah motosikal jenis Honda EX5.
Modus operandi suspek dikesan apabila salah seorang daripada mereka bertindak memanjat pagar rumah berkenaan sebelum melarikan empat buah rim sukan jenis CE28 berwarna coklat. Kedua-dua suspek kemudiannya melarikan diri dari lokasi kejadian bersama barangan curi tersebut.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri. Pihak polis menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini untuk menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Mejar Mohd. Zulhilmie Mohd. Noor di talian 013-4101262 atau Bilik Gerakan IPD Gombak di talian 03-6126 2222 bagi membantu siasatan lanjut.
Berita berkaitan
July 31, 2026, 9:44 am
Buat aksi 'superman' ke perhimpunan RXZ Members 8.0, penunggang Singapura ditahan
July 30, 2026, 2:11 pm
Mudir madrasah didakwa tiga pertuduhan amang seksual murid lelaki di Tumpat
July 29, 2026, 10:39 am
Dua pemandu bas ekspres ditahan, sorok syabu di tempat duduk
July 28, 2026, 9:10 am
Warga asing dakwa diperas polis rupanya 'scammer' dikehendaki Interpol
July 27, 2026, 7:22 pm
Nyaris maut ditembak lelaki bertopeng lepas beli telur di Simpang Ampat
July 26, 2026, 9:36 am
Polis tahan lelaki disyaki serang, ugut penguat kuasa MBI
July 25, 2026, 3:21 pm
Lelaki ditahan disyaki hina Islam di Facebook
July 25, 2026, 9:45 am
Dua remaja ditemui maut di Flat Sungai Pari
July 24, 2026, 9:04 am
