TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Jenayah

Empat rumah di Bukit Indah dibaling 'molotov cocktail', dipercayai angkara along Singapura

By
|
Kongsi
image

ISKANDAR PUTERI 11 Mei – Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian kebakaran membabitkan empat buah kediaman di Bukit Indah yang dipercayai berpunca daripada serangan bom petrol (molotov cocktail) pada Jumaat dan Sabtu lalu.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa siasatan kini sedang giat dijalankan di bawah Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 serta Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api.

Insiden tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan tindakan sindiket pinjaman wang tanpa lesen (along) yang beroperasi dari Singapura.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Liew Chin Tong, turut turun padang meninjau lokasi kejadian dan menzahirkan penghargaan kepada Ketua Polis Balai Bukit Indah, Inspektor J M Alvin Sudesshen, atas tindakan pantas pihak berkuasa dalam menangani kes tersebut.

Beliau yang juga merupakan ADUN Perling menyifatkan serangan tersebut sebagai tindakan melampau yang menggugat keselamatan penduduk setempat.

Sebagai langkah susulan, Chin Tong menyatakan sokongan penuh terhadap inisiatif komuniti dalam mempertingkatkan kemudahan keselamatan di kawasan perumahan berkenaan.

Beliau turut menyalurkan peruntukan kebajikan kepada mangsa yang terjejas bagi membantu meringankan beban mereka sementara siasatan lanjut oleh pihak polis diteruskan.

+ - reset