Berita Jenayah
Lelaki mabuk mengamuk lepas kena jeling, cetus pergaduhan di restoran di Kepong
KUALA LUMPUR 11 Mei – Tindakan seorang pelanggan memandang ke arah seorang lelaki membawa kepada pergaduhan besar di sebuah restoran di kawasan Kepong, pada 7 Mei lalu.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Basri Sagoni, memaklumkan bahawa punca pergaduhan adalah disebabkan suspek yang ketika itu sedang di bawah pengaruh alkohol tidak berpuas hati kerana mendakwa dirinya dijeling oleh mangsa yang sedang makan di restoran berkenaan. Suspek yang berang kemudiannya bertindak menyerang mangsa secara tiba-tiba.
Ekoran kejadian tersebut, pihak polis telah menahan suspek dan kini sedang direman sehingga Khamis ini untuk membantu siasatan lanjut.
Kes ini mendapat perhatian selepas satu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) tular di media sosial yang memaparkan sekumpulan tiga individu menyerang seorang lelaki sehingga mengalami kecederaan di premis terbabit.
Polis kini sedang melengkapkan siasatan dan memberi amaran tegas kepada orang awam agar tidak mengambil tindakan sendiri yang boleh melanggar undang-undang serta menggugat ketenteraman awam.
Berita berkaitan
July 31, 2026, 9:44 am
Buat aksi 'superman' ke perhimpunan RXZ Members 8.0, penunggang Singapura ditahan
July 30, 2026, 2:11 pm
Mudir madrasah didakwa tiga pertuduhan amang seksual murid lelaki di Tumpat
July 29, 2026, 10:39 am
Dua pemandu bas ekspres ditahan, sorok syabu di tempat duduk
July 28, 2026, 9:10 am
Warga asing dakwa diperas polis rupanya 'scammer' dikehendaki Interpol
July 27, 2026, 7:22 pm
Nyaris maut ditembak lelaki bertopeng lepas beli telur di Simpang Ampat
July 26, 2026, 9:36 am
Polis tahan lelaki disyaki serang, ugut penguat kuasa MBI
July 25, 2026, 3:21 pm
Lelaki ditahan disyaki hina Islam di Facebook
July 25, 2026, 9:45 am
Dua remaja ditemui maut di Flat Sungai Pari
July 24, 2026, 9:04 am
