Berita Jenayah
Eksekutif kanan agensi kerajaan direman tujuh hari isu rasuah kontrak
KUANTAN 12 Mei – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang menahan seorang eksekutif kanan sebuah agensi kerajaan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah kira-kira RM8,000 daripada sebuah syarikat binaan dan sebuah syarikat kontraktor.
Suspek lelaki berusia lingkungan 40-an itu dipercayai menerima habuan tersebut sebagai balasan untuk membantu mendapatkan kontrak, meluluskan penilaian kerja, mengeluarkan perakuan siap kerja, serta mempercepatkan proses tuntutan pembayaran bagi kedua-dua syarikat terlibat.
Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman membenarkan permohonan reman selama tujuh hari sehingga 18 Mei ini terhadap suspek selepas permohonan dibuat oleh pihak SPRM di Mahkamah Majistret Kuantan pagi tadi.
Siasatan awal mendedahkan bahawa transaksi rasuah tersebut dilakukan sepanjang tahun ini melalui pindahan wang secara terus ke dalam akaun bank peribadi milik suspek sebelum beliau ditahan ketika hadir memberi keterangan petang semalam.
Pengarah SPRM Pahang, Mohd Shukor Mahmud, mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan bahawa kes kini sedang disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.
Berita berkaitan
July 31, 2026, 9:44 am
Buat aksi 'superman' ke perhimpunan RXZ Members 8.0, penunggang Singapura ditahan
July 30, 2026, 2:11 pm
Mudir madrasah didakwa tiga pertuduhan amang seksual murid lelaki di Tumpat
July 29, 2026, 10:39 am
Dua pemandu bas ekspres ditahan, sorok syabu di tempat duduk
July 28, 2026, 9:10 am
Warga asing dakwa diperas polis rupanya 'scammer' dikehendaki Interpol
July 27, 2026, 7:22 pm
Nyaris maut ditembak lelaki bertopeng lepas beli telur di Simpang Ampat
July 26, 2026, 9:36 am
Polis tahan lelaki disyaki serang, ugut penguat kuasa MBI
July 25, 2026, 3:21 pm
Lelaki ditahan disyaki hina Islam di Facebook
July 25, 2026, 9:45 am
Dua remaja ditemui maut di Flat Sungai Pari
July 24, 2026, 9:04 am
