Berita Jenayah
Pesara polis wanita positif dadah ditahan selepas langgar dua kenderaan
SEREMBAN 12 Mei – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas dipercayai melanggar dua buah kenderaan sebelum bertindak melarikan diri dalam satu kejadian kejar-mengejar dari Rembau sehingga ke Melaka, malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Rembau, DSP Azmi Ali, mengesahkan wanita yang memandu kereta jenis Honda itu didakwa melanggar sebuah van dan sebuah Perodua Viva di Jalan Seremban–Tampin sebelum enggan berhenti ketika cuba ditahan oleh Unit Kereta Peronda (MPV).
Suspek akhirnya berjaya ditahan di Jalan Bukit Beruang, Melaka, di mana hasil pemeriksaan di dalam kenderaannya menemui sepeket plastik berisi empat pil disyaki dadah jenis ekstasi di dalam sebuah beg berzip.
Ujian saringan air kencing menunjukkan suspek positif dadah jenis amphetamine, walaupun semakan mendapati beliau tidak mempunyai sebarang rekod jenayah atau dadah sebelum ini.
Suspek kini ditahan di IPD Melaka Tengah dan kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Rule 10 LN 166/59 kerana kegagalan mengawal kenderaan dengan baik sehingga menyebabkan kemalangan.
Berita berkaitan
September 9, 2026, 6:25 pm
Polis tahan lima individu termasuk bekas pengerusi Tabung Haji bantu siasatan
September 8, 2026, 1:40 pm
Lelaki gagal bayar along dipaksa simbah cat dan bakar rumah mangsa lain
September 7, 2026, 1:40 pm
Dua lelaki ditahan polis selepas ragut rantai emas warga emas di Arau
September 7, 2026, 11:13 am
Mat rempit lari tinggal motosikal lepas dikepung polis di Putrajaya
September 6, 2026, 9:54 pm
Polis buru lelaki warga asing selepas syabu dijumpai dalam kereta
September 6, 2026, 9:17 am
Polis Pahang buka siasatan kanak-kanak perempuan dilayan kasar di taska
September 5, 2026, 2:53 pm
Vape disyaki kandungi dadah ‘Piu Piu’ RM160,000 dirampas di Batu Pahat
September 5, 2026, 2:45 pm
Tukang urut wanita maut terjatuh ketika elak pemeriksaan
September 5, 2026, 12:48 pm
Polis tahan 4 remaja curi 2 motosikal ketika solat Jumaat di Rembau
September 3, 2026, 2:32 pm
