TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Jenayah

Rangkaian pengedaran dadah bernilai RM7,247 tumpas, libatkan 10 wanita warga asing di Cheras

By
|
Kongsi
image

Oleh AZIM SAID 

CHERAS 12 Mei – Tiga serbuan berasingan dalam tempoh sehari membawa kepada penahanan 14 individu majoriti warga asing, selepas polis membongkar aktiviti pengedaran dadah di sekitar Cheras pada 8 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Rosdi Daud berkata, operasi yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Cheras itu bermula kira-kira jam 11.15 pagi apabila seorang wanita warga Vietnam ditahan di sebuah hotel di Taman Maluri.

"Pemeriksaan di bilik hotel menemui dadah jenis ketamin (1.01 gram) dan methaphetamine (0.31 gram) diatas meja bilik tersebut," katanya dalam satu sidang akhbar hari ini.

Tidak sampai satu jam kemudian, beliau berkata, serbuan lain di sebuah kediaman di Bukit Jalil membawa kepada penahanan sembilan lagi suspek terdiri daripada tujuh wanita warga Vietnam, seorang wanita warganegara Malaysia berbangsa Cina dan seorang lelaki Bangladesh. 

Antara yang dirampas adalah MDMA (82.72 gram), Ketamin (1.64 gram) dan wang tunai bernilai RM 700.

"Dalam serbuan itu, polis merampas MDMA dan ketamine di ruang tamu rumah berkenaan," ujarnya.

Sementera itu, serbuang berasingan di Bukit Jalil berjaya memberkas empat lagi suspek termasuk dua wanita warganegara Vietnam dan dua lelaki warganegara Malaysia berbangsa Cina. 

Polis turut merampas cecair MDMA (3.040 milliliter) serta serbuk MDMA (879.00 gram) dipercayai untuk pasaran tempatan.

Secara keseluruhan, 14 individu ditahan dalam tiga serbuan tersebut melibatkan 10 wanita warga Vietnam, dua lelaki dan seorang wanita Cina warganegara Malaysia, dan seorang lelaki Bangladesh. 

Kesemua suspek berusia antara pertengahan 20-an hingga awal 60-an.

"Jumlah keseluruhan rampasan dadah bernilai RM 7,247," katanya.

Jelasnya, hasil saringan awal air kencing mendapati sembilan suspek positif dadah dan kesemua suspek tiada rekod jenayah.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 39B, Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kesemua suspek kini direman bagi membantu siasatan.

+ - reset