Berita Jenayah
Polis tahan dua lelaki, rampas emas bernilai RM26,000
JERANTUT 12 Mei – Polis menumpaskan aktiviti jenayah curi kedai emas menerusi penahanan dua lelaki tempatan oleh sepasukan polis di Chow Kit, Kuala Lumpur pada 11 Mei lalu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Jerantut, Deputi Superintendan Arshad Ayob berkata, suspek yang ditahan merupakan dua lelaki tempatan masing-masing berusia 23 tahun dan 63 tahun yang dikesan di sekitar Jalan Raja Laut dan Jalan Tuanku Abdul Rahman serta didapati tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.
"Kita turut berjaya merampas semula pelbagai saiz gelang emas dan cincin yang dianggarkan bernilai RM26,000.00 mengikut harga pasaran bagi membantu siasatan lanjut mengenai kes curi dalam premis tersebut.
"Selain barangan kemas, sebuah motosikal, telefon bimbit, kad bank, dan pakaian turut disita manakala hasil ujian saringan awal air kencing terhadap kedua-dua suspek didapati negatif daripada sebarang penyalahgunaan dadah," katanya.
Berita berkaitan
September 9, 2026, 6:25 pm
Polis tahan lima individu termasuk bekas pengerusi Tabung Haji bantu siasatan
September 8, 2026, 1:40 pm
Lelaki gagal bayar along dipaksa simbah cat dan bakar rumah mangsa lain
September 7, 2026, 1:40 pm
Dua lelaki ditahan polis selepas ragut rantai emas warga emas di Arau
September 7, 2026, 11:13 am
Mat rempit lari tinggal motosikal lepas dikepung polis di Putrajaya
September 6, 2026, 9:54 pm
Polis buru lelaki warga asing selepas syabu dijumpai dalam kereta
September 6, 2026, 9:17 am
Polis Pahang buka siasatan kanak-kanak perempuan dilayan kasar di taska
September 5, 2026, 2:53 pm
Vape disyaki kandungi dadah ‘Piu Piu’ RM160,000 dirampas di Batu Pahat
September 5, 2026, 2:45 pm
Tukang urut wanita maut terjatuh ketika elak pemeriksaan
September 5, 2026, 12:48 pm
Polis tahan 4 remaja curi 2 motosikal ketika solat Jumaat di Rembau
September 3, 2026, 2:32 pm
