Berita Berita
JPN Kelantan urus bantuan segera untuk keluarga pelajar maut di asrama
KOTA BHARU 13 Mei – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Muhammad Amir Asyraf Ahmad Sabri, pelajar tingkatan satu yang dilaporkan meninggal dunia di asrama sekolahnya semalam.
Menerusi kenyataan rasmi hari ini, JPN memaklumkan bahawa pihaknya kini sedang menguruskan penyaluran bantuan segera dan terbaik kepada keluarga mangsa bagi memastikan aspek kebajikan serta kesejahteraan mereka sentiasa terpelihara dalam menghadapi dugaan tersebut.
Pihak jabatan turut mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat serta berharap agar seluruh ahli keluarga mangsa dikurniakan ketabahan dan kesabaran yang tinggi dalam menempuh ujian kehilangan berkenaan.
Terdahulu, Ketua polis daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo mengesahkan remaja berusia 13 tahun itu meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri di asrama Sekolah Menengah Paloh, Gua Musang pada Selasa.
Berita berkaitan
May 14, 2026, 8:01 am
AKPS gagalkan cubaan seludup kokain RM1.48 juta di KLIA
May 14, 2026, 7:57 am
Dua beradik hilang ketika memancing ditemukan selamat
May 14, 2026, 7:51 am
Tengku Hassanal berjaya tawan puncak Gunung Kinabalu
May 14, 2026, 7:40 am
Lapan kanak-kanak terkandas kepala air diselamatkan bomba
May 14, 2026, 7:33 am
Pemuda UMNO Pasir Puteh desak Nik Zawawi letak jawatan
May 14, 2026, 7:09 am
Ahmad Zahid nasihat orang ramai waspada fasa Monsun Barat Daya bermula hari ini
May 13, 2026, 6:42 pm
Warga emas tersilap tekan pedal minyak rempuh pasar raya
May 13, 2026, 6:38 pm
Bakal pengantin menyorok atas siling elak dicekup khalwat
May 13, 2026, 6:34 pm
