TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Pemuda UMNO Pasir Puteh desak Nik Zawawi letak jawatan

By
|
Kongsi
image

PASIR PUTEH 14 Mei – Pergerakan Pemuda UMNO Pasir Puteh menuntut Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh agar meletakkan jawatan serta merta selain memohon maaf secara terbuka berikutan kenyataan beliau yang didakwa menghina sahabat Rasulullah SAW.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pasir Puteh, Muhammad Saifullah Ali menegaskan:

  • Kenyataan yang menyentuh kemuliaan sahabat Nabi tidak boleh dipandang ringan kerana berisiko mencetuskan perpecahan umat Islam dan menjejaskan keharmonian.

  • Rakyat Pasir Puteh tidak memerlukan pemimpin politik yang menggunakan alasan kebebasan bersuara untuk mencetuskan permusuhan serta fitnah.

  • Menghormati sahabat Rasulullah SAW merupakan tuntutan penting dalam Islam mengikut kesepakatan ulama Ahli Sunah Waljamaah, manakala perbuatan mencela mereka dianggap sebagai dosa besar.

Satu laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh semalam bagi mendesak tindakan lanjut diambil.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintenden Saari Yaacob mengesahkan penerimaan laporan berkenaan, manakala Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail menyatakan pihaknya sedang melengkapkan siasatan sementara menunggu maklumat lanjut berhubung kes tersebut.

+ - reset