Berita Berita
AKPS gagalkan cubaan seludup kokain RM1.48 juta di KLIA
KUALA LUMPUR 14 Mei – Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) KLIA berjaya menggagalkan cubaan menyeludup masuk dadah jenis kokain seberat 3.3 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM1.48 juta di Balai Ketibaan Terminal 1, KLIA pada Ahad lalu.
Rampasan tersebut dilakukan kira-kira jam 8 malam terhadap seorang penumpang lelaki warga Indonesia berusia 61 tahun yang tiba dari Freetown, Sierra Leone melalui beberapa negara transit.
Pemeriksaan yang dijalankan oleh pegawai AKPS dan Kastam menggunakan mesin pengimbas telah menemui imej mencurigakan pada sebuah beg tangan dan bagasi milik suspek.
Hasil pemeriksaan lanjut kemudiannya menemukan tujuh paket disyaki kokain yang disorokkan secara rapi pada lapisan dalam beg tangan serta bahagian sisi bagasi tersebut.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala semua barang rampasan telah diserahkan kepada Unit Penguatkuasaan KLIA untuk tindakan susulan.
AKPS menegaskan akan terus mempertingkatkan kawalan serta pemantauan di setiap pintu masuk negara bagi membanteras aktiviti penyeludupan dadah demi memastikan keselamatan serta kedaulatan sempadan negara sentiasa terpelihara.
Berita berkaitan
May 14, 2026, 7:57 am
Dua beradik hilang ketika memancing ditemukan selamat
May 14, 2026, 7:51 am
Tengku Hassanal berjaya tawan puncak Gunung Kinabalu
May 14, 2026, 7:40 am
Lapan kanak-kanak terkandas kepala air diselamatkan bomba
May 14, 2026, 7:33 am
Pemuda UMNO Pasir Puteh desak Nik Zawawi letak jawatan
May 14, 2026, 7:09 am
Ahmad Zahid nasihat orang ramai waspada fasa Monsun Barat Daya bermula hari ini
May 14, 2026, 7:00 am
JPN Kelantan urus bantuan segera untuk keluarga pelajar maut di asrama
May 13, 2026, 6:42 pm
Warga emas tersilap tekan pedal minyak rempuh pasar raya
May 13, 2026, 6:38 pm
Bakal pengantin menyorok atas siling elak dicekup khalwat
May 13, 2026, 6:34 pm
