Berita Berita
Lapan kanak-kanak terkandas kepala air diselamatkan bomba
CAMERON HIGHLANDS 14 Mei – Seramai lapan kanak-kanak lelaki berdepan detik cemas apabila terkandas di atas batu selepas fenomena kepala air melanda Sungai Menson berhampiran Perkampungan Orang Asli Kampung Terisu, Kuala Terla, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5.10 petang itu, kesemua mangsa yang berusia antara empat hingga 12 tahun dipercayai gagal menyeberangi sungai selepas arus menjadi deras dan paras air meningkat secara mendadak.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.10 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands bergegas ke lokasi kejadian.
Setibanya di lokasi, anggota mendapati arus sungai sangat deras menyebabkan mangsa tidak dapat bergerak keluar dan terpaksa menunggu bantuan di atas batu tersebut.
Operasi menyelamat dijalankan menggunakan tali penyelamat bagi membawa semua mangsa menyeberangi sungai seorang demi seorang ke kawasan selamat. Kesemua mangsa berjaya diselamatkan tanpa sebarang kecederaan sebelum diserahkan semula kepada keluarga masing-masing.
Berita berkaitan
May 14, 2026, 8:01 am
AKPS gagalkan cubaan seludup kokain RM1.48 juta di KLIA
May 14, 2026, 7:57 am
Dua beradik hilang ketika memancing ditemukan selamat
May 14, 2026, 7:51 am
Tengku Hassanal berjaya tawan puncak Gunung Kinabalu
May 14, 2026, 7:33 am
Pemuda UMNO Pasir Puteh desak Nik Zawawi letak jawatan
May 14, 2026, 7:09 am
Ahmad Zahid nasihat orang ramai waspada fasa Monsun Barat Daya bermula hari ini
May 14, 2026, 7:00 am
JPN Kelantan urus bantuan segera untuk keluarga pelajar maut di asrama
May 13, 2026, 6:42 pm
Warga emas tersilap tekan pedal minyak rempuh pasar raya
May 13, 2026, 6:38 pm
Bakal pengantin menyorok atas siling elak dicekup khalwat
May 13, 2026, 6:34 pm
