TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Dua beradik hilang ketika memancing ditemukan selamat

By
|
Kongsi
image

SIPITANG 14 Mei – Dua beradik wanita yang dikhuatiri hilang selepas keluar memancing di kawasan hutan berhampiran Kampung Padang Berempah ditemukan selamat malam tadi. Maimun Sibun, 59, dan adiknya, Zaleha Sibun, 56, ditemukan oleh orang awam pada jam 11.29 malam pada jarak satu kilometer dari lokasi mereka dilaporkan hilang.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sipitang, Calvin Joe Jeafery, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.54 malam berhubung kedua-dua wanita tersebut yang belum pulang ke rumah sejak keluar pada jam 8.30 pagi.

Kegagalan mangsa dihubungi telah mencetuskan kebimbangan ahli keluarga sehingga operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan di kawasan hutan berhampiran kampung berkenaan.

Kedua-dua mangsa kemudiannya dibawa ke Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) bagi menjalani pemeriksaan serta proses pengecaman oleh ahli keluarga sebelum dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Pasukan bomba menamatkan operasi sepenuhnya selepas proses pemeriksaan dan pengesahan identiti selesai dijalankan.

+ - reset