Berita Berita
Agong berkenan terima menghadap Fan Bingbing
JOHOR BAHRU 14 Mei – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap pelakon antarabangsa terkenal, Datuk Fan Bingbing, di Istana Pasir Pelangi, Selasa lalu. Fan Bingbing, yang juga merupakan Duta Setiakawan Pelancongan Melaka, memainkan peranan penting dalam mempromosikan Malaysia melalui industri perfileman antarabangsa.
Sesi menghadap Seri Paduka Baginda tersebut turut dihadiri oleh pasukan produksi filem Mother Bhumi, termasuk penerbit Wong Kew Soon, pengarah Chong Keat Aun, serta pengurus pelakon berkenaan, Jersey Chong.
Fan Bingbing merupakan teraju utama dalam filem tersebut yang turut menampilkan barisan pelakon antarabangsa dari Hong Kong dan Taiwan serta bakat tempatan.
Filem Mother Bhumi yang berlatarkan kawasan pedalaman Kedah berhampiran sempadan Thailand pada lewat era 1990-an, mengangkat kisah seorang wanita yang bekerja sebagai pesawah dan bomoh.
Karya ini telah mengharumkan nama Malaysia di peringkat global melalui pengiktirafan di pelbagai festival filem antarabangsa termasuk Golden Horse Awards dan Tokyo International Film Festival.
Berita berkaitan
May 14, 2026, 2:57 pm
‘Guru Bitara’ jadi teras RPM 2026-2035 hadapi cabaran AI, dunia digital
May 14, 2026, 2:28 pm
Zambia teroka pengurusan sawit mampan di Sabah, lonjak hubungan ekonomi Malaysia-Afrika
May 14, 2026, 1:48 pm
Belum ada perbincangan muktamad kurangkan kuota BUDI95
May 14, 2026, 1:44 pm
Akmal Nasir enggan ulas hala tuju politik Rafizi
May 14, 2026, 1:40 pm
Kerajaan akan saman syarikat pembekal peluru berpandu NSM
May 14, 2026, 1:35 pm
Warga Malaysia ditahan di Hatyai bersama 102kg syabu bernilai lebih RM5 juta
May 14, 2026, 1:17 pm
Lori polis bawa banduan nyaris terbabas akibat tumpahan minyak
May 14, 2026, 1:11 pm
Lelaki mabuk pandu lawan arus rempuh penunggang motosikal
May 14, 2026, 1:07 pm
