Berita Berita
Lori polis bawa banduan nyaris terbabas akibat tumpahan minyak
JOHOR BAHRU 14 Mei – Sebuah lori milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dalam perjalanan dari Mahkamah Johor Bahru ke Penjara Kluang nyaris terbabas di Kilometer 8, Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam pada 12 Mei lalu.
Kejadian yang tular di aplikasi TikTok itu memaparkan kenderaan berkenaan hampir terbabas di lorong kanan sebelum pemandunya berjaya mengawal semula lori tersebut.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Radin Ramlan Radin Taha berkata, insiden pada jam 4.45 petang itu melibatkan pemandu berusia 34 tahun bersama anggota pengiring yang sedang dalam penugasan mengiringi banduan.
Punca kejadian dipercayai berpunca daripada keadaan jalan yang licin akibat hujan serta terdapat kesan tumpahan minyak di permukaan jalan tersebut.
Pemandu lori, anggota pengiring serta semua banduan yang berada di dalam kenderaan itu dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Berita berkaitan
May 14, 2026, 2:57 pm
‘Guru Bitara’ jadi teras RPM 2026-2035 hadapi cabaran AI, dunia digital
May 14, 2026, 2:28 pm
Zambia teroka pengurusan sawit mampan di Sabah, lonjak hubungan ekonomi Malaysia-Afrika
May 14, 2026, 1:48 pm
Belum ada perbincangan muktamad kurangkan kuota BUDI95
May 14, 2026, 1:44 pm
Akmal Nasir enggan ulas hala tuju politik Rafizi
May 14, 2026, 1:40 pm
Kerajaan akan saman syarikat pembekal peluru berpandu NSM
May 14, 2026, 1:35 pm
Warga Malaysia ditahan di Hatyai bersama 102kg syabu bernilai lebih RM5 juta
May 14, 2026, 1:11 pm
Lelaki mabuk pandu lawan arus rempuh penunggang motosikal
May 14, 2026, 1:07 pm
Rafizi bimbang siasatan SPRM dipengaruhi unsur emosi
May 14, 2026, 1:04 pm
