Berita Berita
Zambia teroka pengurusan sawit mampan di Sabah, lonjak hubungan ekonomi Malaysia-Afrika
TAWAU 14 Mei – Syarikat pengurusan acara dan perdagangan antarabangsa, My Events International memudah cara satu kerjasama strategik antara cabang pelaburan utama Sabah, Sawit Kinabalu dan firma agribisnes terkemuka Zambia, Zampalm Limited menerusi pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) yang dijangka membuka lembaran baharu hubungan perdagangan antarabangsa antara kedua-dua pihak.
Kerjasama itu merupakan hasil inisiatif selama dua tahun yang diterajui My Events International sejak 2024 menerusi beberapa misi perdagangan peringkat tinggi ke Zambia bagi membuka ruang dialog rentas benua serta penerokaan industri.
Usaha tersebut turut mendapat sokongan berterusan daripada High Commission of the Republic of Zambia yang memainkan peranan penting dalam merapatkan hubungan antara Malaysia dan Zambia.
Kerjasama strategik itu dilihat sebagai satu kejayaan penting dalam pertukaran kepakaran industri sawit dan pembangunan sektor pertanian, sekali gus menyokong agenda pertumbuhan ekonomi mampan menerusi kepelbagaian perdagangan global.
Pengurus Besar My Events International, Dailan Muhammad Ravi berkata, pihaknya berbangga melihat visi yang dirancang sejak 2024 akhirnya direalisasikan.
“Kami amat berbesar hati melihat visi ini menjadi kenyataan. Misi kami sejak 2024 adalah untuk mengenal pasti dan memupuk sinergi bernilai tinggi antara Malaysia dan benua Afrika.
“Kerjasama ini lebih daripada sekadar perjanjian, malah menjadi bukti kekuatan diplomasi perdagangan yang berterusan serta langkah besar ke hadapan kepada landskap ekonomi Sabah dan Zambia,” katanya.
Bagi memperkukuh kerjasama itu, Ketua Pegawai Eksekutif Zampalm Limited, Brian Mutale tiba di Kuala Lumpur minggu ini bersama Setiausaha Pertama (Ekonomi) Suruhanjaya Tinggi Zambia, Sakalima Yoyo sebelum berlepas ke Tawau bagi lawatan intensif selama dua hari.
Delegasi terbabit turut dibawa melawat ladang milik Sawit Kinabalu untuk meninjau sendiri pengurusan sawit mampan dan teknologi pertanian moden yang digunakan syarikat itu.
Selain agenda industri, delegasi berkenaan turut diraikan di daerah pelancongan terkenal, Semporna menerusi pendekatan “Perdagangan dan Pelancongan” yang menampilkan Sabah bukan sahaja sebagai hab pelaburan industri, malah destinasi utama pelancongan dan pertukaran budaya antarabangsa.
My Events International dalam kenyataannya berkata, kejayaan itu bakal menjadi penanda aras kepada lebih banyak kerjasama antara rantau ASEAN dan benua Afrika pada masa depan, selari dengan usaha syarikat memperluaskan peranan dalam pengurusan acara antarabangsa serta fasilitasi perdagangan global.
Syarikat itu turut memberi tumpuan kepada pemerkasaan belia, pendidikan perundangan dan misi perdagangan antarabangsa bagi mewujudkan platform yang mampu memacu kecemerlangan profesional serta kemakmuran ekonomi negara.
Berita berkaitan
May 14, 2026, 2:57 pm
‘Guru Bitara’ jadi teras RPM 2026-2035 hadapi cabaran AI, dunia digital
May 14, 2026, 1:48 pm
Belum ada perbincangan muktamad kurangkan kuota BUDI95
May 14, 2026, 1:44 pm
Akmal Nasir enggan ulas hala tuju politik Rafizi
May 14, 2026, 1:40 pm
Kerajaan akan saman syarikat pembekal peluru berpandu NSM
May 14, 2026, 1:35 pm
Warga Malaysia ditahan di Hatyai bersama 102kg syabu bernilai lebih RM5 juta
May 14, 2026, 1:17 pm
Lori polis bawa banduan nyaris terbabas akibat tumpahan minyak
May 14, 2026, 1:11 pm
Lelaki mabuk pandu lawan arus rempuh penunggang motosikal
May 14, 2026, 1:07 pm
Rafizi bimbang siasatan SPRM dipengaruhi unsur emosi
May 14, 2026, 1:04 pm
