Berita Berita
Kerajaan akan saman syarikat pembekal peluru berpandu NSM
KUALA LUMPUR 14 Mei – Kerajaan Malaysia akan mengambil tindakan saman terhadap syarikat pembekal peluru berpandu antikapal (NSM) susulan kegagalan syarikat tersebut menghantar aset berkenaan selepas lesen eksport dibatalkan oleh kerajaan Norway.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan bahawa tindakan undang-undang itu diambil kerana syarikat terlibat gagal memenuhi kontrak memandangkan kerajaan Norway tidak membenarkan pemberian lesen eksport tersebut.
Beliau memaklumkan bahawa satu jawatankuasa khas telah diwujudkan untuk menilai jumlah tuntutan yang wajar dikemukakan, yang merangkumi pemulangan bayaran sedia ada serta nilai kerugian akibat pelanggaran kontrak yang memberi kesan kepada negara.
Kontrak perolehan tersebut melibatkan kos keseluruhan melebihi RM600 juta bagi kegunaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) serta kelas frigat KD Lekiu dan KD Jebat, di mana Malaysia dilaporkan sudah menjelaskan 95 peratus daripada jumlah bayaran tersebut.
Isu ini timbul selepas Malaysia menyuarakan bantahan keras terhadap tindakan unilateral Norway yang membatalkan lesen eksport bagi sistem NSM dan pelancar berkaitannya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menegaskan bahawa Malaysia telah memenuhi setiap obligasi kontrak sejak 2018 dan menyifatkan keputusan Norway tersebut bakal memberi kesan serius terhadap kesiapsiagaan operasi pertahanan negara serta program pemodenan LCS.
Berita berkaitan
May 14, 2026, 2:57 pm
‘Guru Bitara’ jadi teras RPM 2026-2035 hadapi cabaran AI, dunia digital
May 14, 2026, 2:28 pm
Zambia teroka pengurusan sawit mampan di Sabah, lonjak hubungan ekonomi Malaysia-Afrika
May 14, 2026, 1:48 pm
Belum ada perbincangan muktamad kurangkan kuota BUDI95
May 14, 2026, 1:44 pm
Akmal Nasir enggan ulas hala tuju politik Rafizi
May 14, 2026, 1:35 pm
Warga Malaysia ditahan di Hatyai bersama 102kg syabu bernilai lebih RM5 juta
May 14, 2026, 1:17 pm
Lori polis bawa banduan nyaris terbabas akibat tumpahan minyak
May 14, 2026, 1:11 pm
Lelaki mabuk pandu lawan arus rempuh penunggang motosikal
May 14, 2026, 1:07 pm
Rafizi bimbang siasatan SPRM dipengaruhi unsur emosi
May 14, 2026, 1:04 pm
