TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Lelaki mabuk pandu lawan arus rempuh penunggang motosikal

By
|
Kongsi
image

SHAH ALAM 14 Mei – Seorang penunggang motosikal berusia 20-an cedera parah selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu secara melawan arus oleh seorang lelaki dipercayai di bawah pengaruh alkohol di Persiaran Kota, Klang, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, mangsa telah tercampak dan mengalami kecederaan parah pada anggota badan serta kaki kanan.

Siasatan awal mendapati suspek yang memandu Perodua Bezza dari arah Pelabuhan Klang menghala ke Shah Alam telah memandu secara melulu dan melawan arus sejauh kira-kira 3.5 kilometer sebelum merempuh mangsa.

Hasil ujian saringan awal mengesahkan pemandu berusia 30-an itu positif alkohol. Suspek kini ditahan reman sehingga 15 Mei ini untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 44(1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara antara tujuh hingga 10 tahun serta denda antara RM30,000 sehingga RM50,000.

Mangsa kini sedang menerima rawatan kritikal di Zon Merah, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), manakala suspek pula hanya mengalami luka ringan.

Polis memohon orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat atau balai polis berhampiran.

+ - reset