TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Belum ada perbincangan muktamad kurangkan kuota BUDI95

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 14 Mei – Kerajaan menegaskan tiada sebarang perbincangan yang memuktamadkan pengurangan kuota penggunaan di bawah program BUDI95 buat masa ini.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir memaklumkan fokus utama kerajaan ketika ini adalah tertumpu kepada pelaksanaan pemberian subsidi diesel dengan menggunakan sistem yang sama seperti BUDI95.

Langkah tersebut diteliti bagi memperbaiki kaedah pengurusan subsidi diesel supaya lebih berkesan dan mampan.

Menurut beliau, cabaran utama yang dihadapi ketika ini ialah jurang besar antara harga pasaran dan harga diesel bersubsidi yang membuka ruang yang luas kepada aktiviti penyeludupan serta ketirisan subsidi.

Beliau berkata demikian selepas pelancaran laporan Malaysia Economic Monitor 2026 oleh Bank Dunia, hari ini.

+ - reset