Berita Jenayah
Pusat hiburan mewah tawar pakej pelacuran RM100,000 dibongkar
KUALA LUMPUR 15 Mei – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya membongkar sebuah pusat hiburan mewah yang menawarkan pakej pelacuran warga asing dengan harga sewaan bilik mencecah RM100,000 dalam satu operasi penguatkuasaan di kawasan Changkat, awal pagi tadi.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban memaklumkan bahawa premis eksklusif yang berselindung di sebalik sebuah hotel bertaraf tiga bintang itu dikesan menjadi tumpuan utama pelanggan warga asing, khususnya dari China.
Siasatan mendapati premis yang baru beroperasi selama tiga bulan itu dikawal ketat oleh pengawal keselamatan tempatan dengan akses masuk hanya diberikan secara terpilih kepada pelanggan berstatus VVIP sahaja.
Pusat hiburan tersebut menawarkan pakej bilik eksklusif bermula daripada RM50,000 sehingga RM100,000 yang membolehkan pelanggan melanggan bilik berkenaan bagi tempoh melebihi 24 jam.
Dalam serbuan pada jam 1.30 pagi itu, seramai 152 warga asing daripada pelbagai negara termasuk China, Taiwan, dan Vietnam telah ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen dan Peraturan Imigresen.
Kesemua individu yang ditahan telah dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Putrajaya untuk siasatan lanjut, sementara 17 saman saksi turut dikeluarkan kepada pihak berkaitan bagi membantu proses perundangan.
Berita berkaitan
September 9, 2026, 6:25 pm
Polis tahan lima individu termasuk bekas pengerusi Tabung Haji bantu siasatan
September 8, 2026, 1:40 pm
Lelaki gagal bayar along dipaksa simbah cat dan bakar rumah mangsa lain
September 7, 2026, 1:40 pm
Dua lelaki ditahan polis selepas ragut rantai emas warga emas di Arau
September 7, 2026, 11:13 am
Mat rempit lari tinggal motosikal lepas dikepung polis di Putrajaya
September 6, 2026, 9:54 pm
Polis buru lelaki warga asing selepas syabu dijumpai dalam kereta
September 6, 2026, 9:17 am
Polis Pahang buka siasatan kanak-kanak perempuan dilayan kasar di taska
September 5, 2026, 2:53 pm
Vape disyaki kandungi dadah ‘Piu Piu’ RM160,000 dirampas di Batu Pahat
September 5, 2026, 2:45 pm
Tukang urut wanita maut terjatuh ketika elak pemeriksaan
September 5, 2026, 12:48 pm
Polis tahan 4 remaja curi 2 motosikal ketika solat Jumaat di Rembau
September 3, 2026, 2:32 pm
