Berita Jenayah
SUV rempuh tiga pejalan kaki: Polis buru pemandu lari lepas akibatkan dua maut
KLANG 16 Mei – Polis kini sedang giat mengesan pemandu sebuah kenderaan pelbagai guna (SUV) yang bertindak melarikan diri selepas merempuh tiga pejalan kaki sehingga menyebabkan dua daripada mereka maut di Jalan Pekan Baru, malam semalam.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, kejadian pada jam 7.40 malam itu berlaku apabila kenderaan terbabit hilang kawalan lalu merempuh para mangsa yang ketika itu sedang berada di bahu kiri jalan.
Rempuhan kuat itu menyebabkan dua wanita warga tempatan berusia 57 dan 62 tahun, yang juga merupakan pasangan adik-beradik, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.
Seorang lagi mangsa yang merupakan anak lelaki berusia 17 tahun kepada salah seorang mangsa maut terselamat dalam insiden tragis tersebut dan hanya mengalami kecederaan ringan.
Pihak polis akan merakam keterangan remaja yang merupakan pelajar sekolah menengah itu dalam masa terdekat bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau menyaksikan kejadian diminta segera menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Ahmad Fadzli Abdullah di talian 017-5843860 atau hadir ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Berita berkaitan
July 31, 2026, 9:44 am
Buat aksi 'superman' ke perhimpunan RXZ Members 8.0, penunggang Singapura ditahan
July 30, 2026, 2:11 pm
Mudir madrasah didakwa tiga pertuduhan amang seksual murid lelaki di Tumpat
July 29, 2026, 10:39 am
Dua pemandu bas ekspres ditahan, sorok syabu di tempat duduk
July 28, 2026, 9:10 am
Warga asing dakwa diperas polis rupanya 'scammer' dikehendaki Interpol
July 27, 2026, 7:22 pm
Nyaris maut ditembak lelaki bertopeng lepas beli telur di Simpang Ampat
July 26, 2026, 9:36 am
Polis tahan lelaki disyaki serang, ugut penguat kuasa MBI
July 25, 2026, 3:21 pm
Lelaki ditahan disyaki hina Islam di Facebook
July 25, 2026, 9:45 am
Dua remaja ditemui maut di Flat Sungai Pari
July 24, 2026, 9:04 am
