Berita Jenayah
Pegawai kanan polis direman empat hari, disyaki peras ugut warga China RM7,500
KUALA LUMPUR 17 Mei – Seorang pegawai kanan polis dikenakan perintah reman selama empat hari bagi membantu siasatan kes pemerasan melibatkan seorang lelaki warga China di sebuah restoran nasi kandar di Bukit Bintang, Mac lalu.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 1.30 pagi pada 14 Mac lalu di premis yang terletak di Jalan Angsoka, di sini.
Insiden bermula apabila pengadu dimaklumkan bahawa rakan sekerjanya ditahan sekumpulan anggota polis ketika mahu keluar dari sebuah kenderaan jenis Mercedes-Benz atas dakwaan terlibat dalam aktiviti pusat panggilan penipuan (scammer).
Kumpulan terbabit turut mendakwa bahawa majikan mereka yang merupakan warga China merupakan individu yang dikehendaki oleh pihak berkuasa di Kemboja dan China.
Pengadu yang hadir ke lokasi mendapati rakannya digari selama hampir sejam sebelum dipaksa menyerahkan wang tunai berjumlah RM5,000 di restoran berkenaan bagi tujuan pembebasan.
Siri pemerasan itu berlarutan apabila pengadu sekali lagi dihubungi pada jam 10 malam hari yang sama dan diminta hadir ke sebuah premis di Ampang untuk menyerahkan wang tambahan sebanyak RM2,500 bagi menyelesaikan kes majikannya.
Berasa tidak berpuas hati dengan tindakan melampau anggota terbabit, pengadu kemudiannya tampil membuat laporan polis yang membawa kepada penangkapan pegawai kanan berkenaan.
Suspek kini ditahan reman bermula semalam dan kes disiasat dengan teliti mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana menjalankan pemerasan.
Berita berkaitan
July 31, 2026, 9:44 am
Buat aksi 'superman' ke perhimpunan RXZ Members 8.0, penunggang Singapura ditahan
July 30, 2026, 2:11 pm
Mudir madrasah didakwa tiga pertuduhan amang seksual murid lelaki di Tumpat
July 29, 2026, 10:39 am
Dua pemandu bas ekspres ditahan, sorok syabu di tempat duduk
July 28, 2026, 9:10 am
Warga asing dakwa diperas polis rupanya 'scammer' dikehendaki Interpol
July 27, 2026, 7:22 pm
Nyaris maut ditembak lelaki bertopeng lepas beli telur di Simpang Ampat
July 26, 2026, 9:36 am
Polis tahan lelaki disyaki serang, ugut penguat kuasa MBI
July 25, 2026, 3:21 pm
Lelaki ditahan disyaki hina Islam di Facebook
July 25, 2026, 9:45 am
Dua remaja ditemui maut di Flat Sungai Pari
July 24, 2026, 9:04 am
