Berita Berita
'Ada lelaki yang kena 'ganggu' dalam 'fitting room'' - Nancy Shukri dedah makin ramai lelaki jadi mangsa gangguan seksual
Oleh AZIM SAID
KUALA LUMPUR 19 Mei – Usaha advokasi terhadap gangguan seksual terus diperkasa bagi memastikan masyarakat, tanpa mengira jantina mengetahui hak serta tindakan yang boleh diambil sekiranya menjadi mangsa.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata kempen kesedaran yang dijalankan menunjukkan gangguan seksual bukan isu yang hanya melibatkan wanita, sebaliknya turut memberi kesan kepada lelaki.
“Kita lakukan advokasi ini supaya masyarakat tahu apa tindakan yang boleh mereka lakukan. Lelaki juga tidak mahu diperlakukan seperti itu dan mereka perlu tahu saluran yang ada.”
Menurut Nancy, hasil advokasi menunjukkan peningkatan ketara apabila jumlah aduan gangguan seksual melibatkan lelaki dan wanita meningkat daripada belasan kes ketika program dimulakan kepada ratusan dan kini melebihi 1,000 aduan.
“Lebih 1,000 kes itu datang ke kaunter kita sahaja, bukan daripada polis. Data daripada polis juga menunjukkan peningkatan.”
Nancy berkata, usaha advokasi mendorong lebih ramai mangsa tampil berkongsi pengalaman, termasuk secara peribadi.
“Bila advokasi dijalankan, ramai mula menghubungit kami secara peribadi.”
Beliau berkongsi antara aduan diterima termasuk pengalaman seorang lelaki yang diganggu ketika berada di bilik persalinan pusat beli-belah.
“Saya berada di satu shopping kompleks, memilih seluar dan menuju ke bilik persalinan. Jurujual memegang belakang saya dan saya tidak selesa walaupun sesama lelaki,” jelasnya.
Tambahnya, setakat ini terdapat tiga kes melibatkan lelaki yang dibawa ke tribunal, termasuk kes yang telah menerima pampasan.
“Lelaki di luar sana jangan fikir advokasi ini hanya untuk wanita. Ia juga untuk lelaki supaya mereka tahu tindakan yang boleh diambil,” katanya.
Berita berkaitan
May 19, 2026, 8:45 pm
Isu kad janji temu tulisan Cina tular, JKWPKL&P mohon maaf akui kesilapan tidak sengaja
May 19, 2026, 4:48 pm
KPM peruntuk RM169 juta sedia tablet untuk murid sekolah rendah
May 19, 2026, 3:01 pm
Kad janji temu bahasa Cina, KKM jamin ambil tindakan sewajarnya
May 19, 2026, 2:18 pm
