TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

'Kuasa raja ada had, Malaysia bukan negara diperintah melalui ‘titah semata-mata’- Tony Pua

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR 19 Mei - Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua menegaskan Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan yang mengehadkan kuasa raja kepada perkara tertentu seperti adat Melayu, agama Islam dan fungsi berpelembagaan.

Menurut beliau, kuasa tersebut termasuk pelantikan Menteri Besar serta perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

Katanya, rakyat Malaysia tidak hidup dalam sistem pemerintahan yang membolehkan raja mengeluarkan titah mengikat dalam semua aspek kehidupan rakyat.

“Ya, saya setia kepada Raja dan Negara, dan akan mematuhi Kedaulatan Undang-Undang berasaskan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara.

“Bukan berdasarkan titah semata-mata,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Tony berkata, undang-undang negara digubal oleh wakil rakyat yang dipilih menerusi Parlimen dan Dewan-Dewan Undangan Negeri.

Tambah beliau, perkara itu selaras dengan prinsip Rukun Negara khususnya Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan serta Kedaulatan Undang-Undang.

Kenyataan itu dibuat susulan titah Sharafuddin Idris Shah yang menyarankan ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas Exco Selangor, Ronnie Liu mengunjungi Dataran Selangor setiap minggu bagi memahami dan menghayati makna sebenar Rukun Negara.

Titah baginda, langkah itu penting supaya mereka memahami kepentingan menghormati institusi raja serta menjaga adab kesopanan dan kesusilaan.

Dalam masa sama, Sultan Selangor turut menyeru semua wakil rakyat negeri itu supaya hadir ke Dataran Selangor sekurang-kurangnya dua kali sebulan untuk membaca dan memahami kandungan Rukun Negara yang tertera pada Plak Monumen di lokasi berkenaan.

+ - reset