TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

'Pastikan Pandan terus kekal milik PKR' - Anwar

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPU 19 Mei – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim mengingatkan pimpinan dan ahli PKR Pandan supaya terus memperkukuh perpaduan serta menggerakkan jentera parti bagi memastikan kerusi Parlimen itu kekal menjadi kubu kuat parti.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Tengku Zafrul Aziz berkata, pesanan tersebut disampaikan Anwar ketika pertemuan bersama pimpinan PKR Pandan yang diadakan sempena Konvensyen Pakatan Harapan 2026 di Johor Bahru baru-baru ini.

“Sebelum berangkat pulang daripada Konvensyen PH 2026, saya berkesempatan mempertemukan Perdana Menteri merangkap Presiden PKR dengan pimpinan Keadilan Pandan yang hadir.

“Dalam pertemuan ini, pimpinan Pandan menyatakan kesetiaan kepada parti serta komitmen untuk memperkukuh gerak kerja di Cabang Pandan,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Menurut beliau, Anwar turut meminta supaya amanat berkenaan disampaikan kepada seluruh anggota PKR Pandan.

“Presiden berpesan agar kekalkan kesatuan, gerakkan jentera dan pastikan Parlimen Pandan terus kekal milik Keadilan,” katanya.

Ahad lalu, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang juga bekas Timbalan Presiden PKR mengumumkan keluar daripada parti itu selain mengosongkan kerusi Parlimen yang disandangnya.

Beliau yang kini mengambil alih Parti Bersama Malaysia (Bersama) turut memaklumkan akan mempertahankan kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Rafizi sebelum ini meletakkan jawatan sebagai Menteri Ekonomi pada Mei 2025 selepas tewas dalam pemilihan PKR.

+ - reset