Berita Berita
Kad janji temu bahasa Cina, KKM jamin ambil tindakan sewajarnya
KUALA LUMPUR 19 Mei - Kementerian Kesihatan (KKM) sedang menyemak dan akan mengambil tindakan terhadap dakwaan penggunaan tulisan Cina pada kad janji temu di Klinik Kesihatan Sri Rampai, Kuala Lumpur.
Ia susulan penularan satu video di TikTok apabila seorang pengguna media sosial memuat naik rakaman memaparkan tulisan Cina pada kad janji temu pesakit di klinik itu.
“Terima kasih kerana mengetengahkan isu ini, pihak kami sedang menyemak dan akan mengambil tindakan sewajarnya,” kata KKM ringkas menerusi maklum balas di Threads @kementeriankesihatanmalaysia pada Selasa.
Perkongsian itu meraih perhatian ramai selepas diulang siar di platform Threads kerana kad janji temu pesakit yang kebiasaannya menggunakan bahasa Melayu atau Inggeris, dicetak dalam bahasa Mandarin.
Video berdurasi 1 minit 27 saat itu pada awalnya dimuat naik ke platform TikTok oleh pemilik akaun @shah.faza yang turut mendakwa perkara tersebut dipolitikkan sedangkan kesihatan adalah isu rakyat.
Menurutnya, KKM perlu memandang serius perkara itu dan tidak mengaitkan sentimen politik dalam urusan penyampaian perkhidmatan di klinik kerajaan.
Berita berkaitan
May 19, 2026, 4:48 pm
KPM peruntuk RM169 juta sedia tablet untuk murid sekolah rendah
May 19, 2026, 2:18 pm
'Pastikan Pandan terus kekal milik PKR' - Anwar
May 19, 2026, 2:06 pm
Pemandu lori didakwa rotan, tampar anak tiri hingga cedera kerana mahu ke sekolah awal
May 19, 2026, 1:09 pm
