TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Juara acara kuadran Piala Dunia: "Syabas wira negara, cipta kejayaan peringkat antarabangsa" - PM

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 20 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada skuad sepak takraw kebangsaan atas kejayaan cemerlang menewaskan India 2-0, sekali gus merangkul gelaran juara acara kuadran di kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2026.

Anwar menegaskan bahawa pencapaian bersejarah itu bukan sahaja meletakkan nama Malaysia di kemuncak prestasi sukan berkenaan, malah menjadi bukti jelas terhadap kecekalan, kesatuan tekad, serta kualiti daya saing tinggi yang dimiliki oleh atlet anak watan di pentas global.

“Kejayaan ini bukan sekadar mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia, malah membuktikan anak watan memiliki kecekalan, kesatuan tekad dan kemampuan untuk terus bersaing serta mencipta kejayaan di peringkat antarabangsa.

“Syabas wira negara. Semangat juang yang dipamerkan menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia. Tahniah!” katanya menerusi satu hantaran penghargaan di laman Facebook rasmi beliau, hari ini.

Dalam aksi final yang berlangsung penuh bertenaga di Stadium Titiwangsa malam kelmarin, skuad negara mengesahkan kejuaraan sulung dalam acara kuadran selepas menampilkan rejam berbisa bagi menundukkan cabaran hebat daripada pasukan India dengan keputusan straight set 2-0.

Kombinasi mantap wira negara yang digerakkan oleh Muhammad Afifuddin Mohd Razali, Muhammad Shahalril Aiman Halim, Amirul Zazwan Amir, dan Aidil Aiman Azwawi nyata mendapat suntikan moral luar biasa daripada sorakan padu kira-kira 3,000 penyokong tempatan yang membanjiri stadium yang terkenal dengan julukan 'Home of Sepak Takraw' itu.

+ - reset