Berita Berita
Steven Sim dimasyhur Canselor kedua UKKM, mahu jadikan UKKM universiti perniagaan berteraskan AI terbaik negara
Oleh AZIM SAID
KUALA LUMPUR 21 Mei - Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong, dimasyhurkan sebagai Canselor kedua Universiti Keusahawanan dan Koperasi Malaysia (UKKM) hari ini.
Ahli Dewan Negara Merangkap Pengerusi Koperasi Jayadiri Malaysia Berhad, Senator Datuk Wira Koh Nai Kwong dan Pengerusi Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia, Datuk Wira Dr Rosli Mat Hassan turut hadir dalam majlis tersebut.
Dalam ucapan sulungnya sebagai Canselor UKKM, beliau menyifatkan usia muda UKKM yang baru melepasi dua tahun sebagai satu kelebihan.
"Universiti ini mempunyai ruang untuk membentuk sistem pendidikan baharu yang lebih fleksibel dan berpaksikan teknologi kecerdasan buatan (AI)," katanya.
Beliau turut menegaskan universiti masa kini perlu berani berubah seiring revolusi teknologi kecerdasan buatan (AI) dan tidak lagi bergantung kepada sistem pendidikan tradisional semata-mata.
Menurut beliau, institusi pengajian tinggi hari ini sebenarnya telah wujud jauh lebih lama berbanding Revolusi Industri mahupun revolusi AI.
Justeru, pendekatan pendidikan perlu disusun semula agar kekal relevan dengan perubahan pasaran pekerjaan dan teknologi semasa.
“Universiti tidak direka untuk Revolusi Industri, apatah lagi revolusi AI. Sebab itu kita perlu fikir semula bagaimana universiti pendidikan tinggi seperti UKKM harus bergerak,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Konvokesyen Kali Kedua UKKM.
Beliau juga mahu UKKM melahirkan lebih ramai usahawan dan pemimpin industri masa depan negara.
Beliau turut menegaskan visinya untuk menjadikan UKKM sebagai institusi pendidikan perniagaan berteraskan AI terbaik di Malaysia.
Dalam majlis tersebut, UKKM turut menerima tajaan pendidikan RM4.6 juta daripada Yayasan Bank Rakyat dan Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi (KWAPd).
Tajaan tersebut menunjukkan keyakinan pelbagai pihak terhadap peranan UKKM dalam membangunkan bakat dan kepimpinan masa hadapan gerakan koperasi negara.
Berita berkaitan
May 21, 2026, 11:05 pm
Peniaga maut, tong gas helium meletup di tapak ekspo Sungai Petani
May 21, 2026, 8:40 pm
AGC bantah semakan kehakiman kes NFA Zahid, mohon prosiding digantung
May 21, 2026, 3:33 pm
Remaja mengaku tendang muka budak 10 tahun hingga patah rahang
May 21, 2026, 2:54 pm
