Berita Berita
29 rakyat Malaysia diculik tentera Israel dibebaskan, dijangka pulang ke tanah air Ahad ini
SEPANG 21 Mei – Kesemua 29 rakyat Malaysia yang ditahan dan diculik oleh tentera zionis Israel ketika menyertai pelayaran Global Sumud Flotila (GSF) 2.0 dilaporkan telah dibebaskan sepenuhnya hari ini.
Berita gembira tersebut disahkan oleh Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby semasa satu sidang akhbar yang diadakan sebentar tadi.
Menurut Sani Araby, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan telah mengarahkan tiga buah pesawat Turkish Airlines ke Lapangan Terbang Ramon di Israel bagi membawa keluar kesemua aktivis terbabit.
Pada masa ini, kesemua 428 peserta misi GSF 2.0 sedang dipindahkan menggunakan bas menuju ke lapangan terbang berkenaan dan dijadualkan tiba di Istanbul, Turkiye pada sebelah malam.
Proses pemindahan ini menggunakan tiga penerbangan tajaan khas Kerajaan Turkiye iaitu TK 6919, TK 6921, dan TK 6925 yang dijangka berlepas dari Israel sekitar jam 8 malam waktu Malaysia.
Ketibaan delegasi tersebut di Istanbul pada jam 10 malam waktu Malaysia akan disambut oleh wakil Kedutaan Malaysia di Turkiye, Wisma Putra, pihak berkuasa Turkiye, serta wakil daripada kumpulan Sumud Nusantara.
Kumpulan aktivis negara ini dijadualkan berlepas pulang ke tanah air pada hari Sabtu, 23 Mei, dan dijangka mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada hari Ahad, 24 Mei.
Sebelum pulang, delegasi Malaysia akan menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital sekitar Turkiye berikutan laporan bahawa terdapat dalam kalangan tahanan yang telah dipukul serta mengalami kecederaan fizikal yang agak serius.
Pihak SNCC turut menzahirkan penghargaan yang tidak terhingga kepada Perdana Menteri serta barisan kepimpinan kerajaan termasuk Menteri Luar Negeri, Menteri Komunikasi, dan Menteri Besar Selangor atas usaha diplomasi antarabangsa yang strategik dan berkesan dalam memastikan keselamatan kesemua mangsa.
Berita berkaitan
May 21, 2026, 11:05 pm
Peniaga maut, tong gas helium meletup di tapak ekspo Sungai Petani
May 21, 2026, 8:40 pm
AGC bantah semakan kehakiman kes NFA Zahid, mohon prosiding digantung
May 21, 2026, 3:33 pm
Remaja mengaku tendang muka budak 10 tahun hingga patah rahang
May 21, 2026, 2:54 pm
