Berita Berita
SPRM teliti isu naik taraf Stadium Nasional Bukit Jalil cecah hingga RM24 juta
KUALA LUMPUR 29 Mei – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang meneliti aduan berkaitan proses penilaian dan kerja naik taraf Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang didakwa membabitkan isu perolehan.
Bahagian Komunikasi Strategik SPRM dalam satu kenyataan memaklumkan, perkara itu kini dalam perhatian suruhanjaya berkenaan untuk tindakan lanjut termasuk penelitian terhadap maklumat dan dokumen berkaitan.
“SPRM sentiasa memandang serius sebarang dakwaan yang mempunyai unsur rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan membabitkan kepentingan awam serta perolehan kerajaan.
“Kerjasama mana-mana pihak dialu-alukan, mereka yang mempunyai maklumat berkaitan tampil membantu siasatan bagi memastikan proses penelitian dapat dijalankan secara menyeluruh dan profesional,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut SPRM, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan penyelewengan atau rasuah diminta menyalurkannya secara terus kepada agensi itu tanpa mendedahkannya kepada pihak lain.
Katanya, langkah itu penting bagi mengelakkan kebocoran maklumat selain memastikan proses siasatan tidak terganggu.
Terdahulu, sebuah portal media tempatan melaporkan terdapat kontraktor membuat laporan berhubung isu projek naik taraf Stadium Nasional Bukit Jalil bernilai RM24 juta yang dibangkitkan baru-baru ini.
Laporan itu mendakwa aduan tertumpu kepada dua tender berkaitan persiapan Sukan SEA 2027 membabitkan pemasangan trek larian baharu dan sistem lantai pelindung yang digunakan semasa konsert serta acara berskala besar.
Berita berkaitan
May 29, 2026, 11:26 pm
Rupiah Indonesia catat paras terendah, RM1 kini bersamaan Rp4,511
May 29, 2026, 10:56 pm
Jemaah Malaysia pembersih, jadi contoh di Tanah Suci - Menteri Agama
May 29, 2026, 8:20 pm
JPN terima 1,575 permohonan ringkaskan nama panjang sejak 2024
May 29, 2026, 7:30 pm
PJ bakal dapat hospital kerajaan baharu, dibina secara vertikal di Taman Medan
May 29, 2026, 5:41 pm
KPM sambut baik pemberian baucar buku RM100 kepada pelajar
May 29, 2026, 5:33 pm
Audit menyeluruh sistem LRT, MRT mungkin dilaksana - Anthony Loke
May 29, 2026, 5:00 pm
