Berita Berita
Sultan Ibrahim titah Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu laksana amanah tanpa pilih kasih
KUALA LUMPUR 4 Jun – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan nasihat kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu, Datuk Seri Abdul Halim Aman, agar melaksanakan segala amanah yang dipikul dengan penuh integriti.
Menerusi satu hantaran di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda menegaskan bahawa usaha membanteras gejala rasuah di negara ini mestilah dilaksanakan secara berterusan, tegas, dan tanpa pilih kasih demi memastikan kedaulatan undang-undang sentiasa terpelihara.
Titah pesanan tersebut dizahirkan oleh Sultan Ibrahim ketika berkenan menerima menghadap Abdul Halim dalam satu pertemuan rasmi yang berlangsung di Istana Negara, di sini hari ini.
Terdahulu pada 25 April lepas, Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan Abdul Halim, yang juga merupakan bekas Hakim Mahkamah Tinggi, bagi menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu berkuat kuasa 13 Mei lalu bagi menggantikan tempat Tan Sri Azam Baki.
Berita berkaitan
June 4, 2026, 11:52 pm
DUN Negeri Sembilan sah dibubar berkuat kuasa esok, laluan PRN Ke-16 dibuka
June 4, 2026, 11:08 pm
Penguasaan ilmu mesti bertunjangkan akidah dan akhlak - Anwar
June 4, 2026, 5:30 pm
SBJK bukti tiada anak Malaysia harus tercicir daripada pendidikan – Fadhlina
June 4, 2026, 3:36 pm
Fokus tadbir negara ketika ini, tidak fikir soal pilihan raya umum - PM
June 4, 2026, 3:19 pm
Albert Tei belum terima saman fitnah, sedia dedah dakwaan terhadap Azam Baki di mahkamah
June 4, 2026, 2:42 pm
