TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Tuntutan palsu Daya Kerjaya 2.0 RM9 juta: SPRM tahan 73 individu di seluruh negara

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 11 Jun – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seramai 73 individu di seluruh negara sejak kelmarin, kerana disyaki terlibat dalam kes pemalsuan tuntutan insentif program Daya Kerjaya 2.0 yang dianggarkan bernilai RM9 juta.

Suspek yang ditahan terdiri daripada 48 lelaki dan 25 wanita berusia antara 20-an hingga 70-an, merangkumi pemilik syarikat serta ejen. Tangkapan dilakukan dalam operasi berskala besar di semua negeri kecuali Perlis.

Menurut sumber, sindiket berkenaan dipercayai mengemukakan tuntutan palsu bagi mendapatkan bantuan kewangan penggajian daripada kerajaan berjumlah RM1,500 sebulan bagi setiap pekerja.

"Siasatan awal mendapati semua suspek disyaki melakukan perbuatan itu antara 2024 hingga 2025 yang membuat tuntutan palsu membabitkan bantuan penggajian daripada kerajaan sebanyak RM1,500 setiap bulan selama enam bulan bagi setiap pekerja yang diambil bekerja oleh majikan sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC)," katanya di sini hari ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan siri tangkapan tersebut dan menyatakan kes kini sedang disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Operasi bersepadu yang digerakkan sejak Selasa lalu itu dijalankan dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Hasil risikan yang bermula sejak November tahun lalu membolehkan pasukan penguat kuasa menyerbu 90 lokasi premis syarikat di seluruh negara.

Setakat ini, SPRM telah merakam keterangan daripada 104 individu yang terdiri daripada 32 orang kena siasat (OKS) dan 72 saksi. Selain tangkapan, tindakan perundangan turut diambil dengan membekukan 25 akaun bank milik syarikat yang terlibat dengan jumlah sitaan mencecah RM390,000.

+ - reset