Berita Berita
Asalnya kedai runcit, Rohingya diam-diam bina sekolah di Kuala Terengganu
KUALA TERENGGANU 11 Jun - Kewujudan sebuah pusat pendidikan yang menempatkan kanak-kanak etnik Rohingya di Kampung Ladang Titian di sini sejak Februari lalu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk setempat.
Menurut laporan Berita Harian, tinjauan mendapati pusat pembelajaran yang beroperasi di sebuah bangunan berdinding papan lapis itu menyediakan pendidikan kepada antara 30 hingga 50 kanak-kanak dan remaja Rohingya berusia empat hingga 15 tahun.
Premis berkenaan turut dilengkapi bekalan elektrik dan air bersih serta disewa daripada penduduk tempatan.
Penduduk, Wan Mohamad Hafizul Wan Ismail, 53, mendakwa ibu bapa pelajar yang menghantar anak mereka ke pusat berkenaan bukan menetap di kampung itu, sebaliknya datang dari beberapa lokasi lain termasuk Seberang Takir.
Menurutnya, sesi pembelajaran berlangsung dari pukul 8 pagi hingga 4.30 petang dengan pelajar dihantar menggunakan kereta dan van yang disewa khas.
"Mereka sebelum ini beroperasi di sebuah rumah pangsa di Taman Sri Kolam sebelum berpindah ke Kampung Ladang Titian," katanya ketika ditemui hari ini.
Beliau turut mendakwa sebahagian pelajar didapati tidak mengendahkan teguran penduduk berkaitan aspek kebersihan, termasuk membuang sampah dan sisa makanan di kawasan sekitar.
Seorang lagi penduduk, Suzaimi Zahari, 42, berkata pusat pendidikan itu dikendalikan oleh dua lelaki daripada etnik Rohingya yang bertindak sebagai tenaga pengajar.
Katanya, bangunan yang digunakan sebagai bilik darjah itu pada asalnya merupakan sebuah kedai runcit milik penduduk tempatan.
"Remaja yang belajar di situ pernah ditegur kerana membuat bising dan tidak menjaga kebersihan kawasan. Ada juga berlaku pertelingkahan dengan penduduk," katanya.
Menurutnya, pihak berkuasa termasuk Jabatan Imigresen Malaysia negeri sebelum ini pernah menjalankan pemeriksaan di premis berkenaan dan kebanyakan individu terbabit memiliki kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR).
Beliau mendakwa operasi pusat pembelajaran itu telah dihentikan sejak Selasa lalu selepas isu berkenaan tular di media sosial dan mendapat perhatian pihak berkuasa.
Sementara itu, tinjauan bersama pegawai penguat kuasa Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) mendapati struktur yang digunakan sebagai kelas itu merupakan bangunan tambahan yang dibina pemilik kediaman untuk dijadikan kedai runcit.
Pemeriksaan turut menemukan pelbagai kemudahan pembelajaran termasuk meja, kerusi, papan hitam dan peralatan mengajar lain yang digunakan untuk tujuan pendidikan.
Berita berkaitan
June 11, 2026, 9:31 pm
Masjid Al Falah USJ 9 ajak jemaah sertai qiamullail sambil layan 'live' Piala Dunia 2026
June 11, 2026, 9:03 pm
Dua anggota MALBATT cedera dalam serangan udara di Lubnan
June 11, 2026, 5:00 pm
'AI hanya bantu analisia, bukan ganti manusia buat keputusan dalam perniagaan' - CEO MDEC
June 11, 2026, 4:43 pm
Gagal patuh peraturan, empat penjaja Jalan Raja Laut dikenakan notis DBKL
June 11, 2026, 4:26 pm
'Teach You a Lesson': Asyraf Wajdi samakan watak bekas komando dengan warden tentera MRSM
June 11, 2026, 4:19 pm
Isu Rohingya membarah: Ayob Khan tegas pendaratan PATI perlu penyelesaian komprehensif
June 11, 2026, 4:13 pm
Tuntutan palsu Daya Kerjaya 2.0 RM9 juta: SPRM tahan 73 individu di seluruh negara
June 11, 2026, 1:46 pm
