TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Gagal patuh peraturan, empat penjaja Jalan Raja Laut dikenakan notis DBKL

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 11 Jun – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan empat notis tindakan terhadap penjaja di dua kompleks perniagaan di ibu negara selepas didapati gagal mematuhi peraturan dan syarat yang telah ditetapkan.

DBKL dalam satu kenyataan memaklumkan, tindakan penguatkuasaan itu diambil mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) Penjaja (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2016 menerusi pelaksanaan Operasi Bersepadu Pusat Penjaja Swasta Siri 4/2026.

Operasi tersebut dijalankan di sebuah kompleks perniagaan dan premis sebuah bangunan syarikat yang terletak di sepanjang Jalan Raja Laut, bertujuan memastikan semua pengusaha pusat penjaja swasta mematuhi garis panduan operasi.

"Sebanyak 23 premis diperiksa sepanjang operasi berkenaan baru-baru ini dan pemeriksaan mendapati ada beberapa ketidakpatuhan. Susulan itu, empat notis dikeluarkan membabitkan satu notis mengikut UUK 30(1)(a), dua notis UUK 15(1)(b) dan satu notis UUK 15(1)(c)," katanya dalam hantaran di laman Facebook hari ini.

Pihak berkuasa tempatan itu turut menegaskan bahawa aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan seumpama ini akan terus dijalankan secara berkala dan konsisten. Langkah tersebut penting bagi memastikan semua komuniti penjaja mengekalkan disiplin, sekali gus mewujudkan persekitaran perniagaan yang lebih teratur, bersih, dan selamat untuk warga kota.

+ - reset