Berita Berita
Masjid Al Falah USJ 9 ajak jemaah sertai qiamullail sambil layan 'live' Piala Dunia 2026
SUBANG JAYA 11 Jun - Sebuah masjid di Subang Jaya tampil dengan pendekatan kreatif dalam mengimarahkan institusi masjid apabila menjadikan kemeriahan Piala Dunia 2026 sebagai tarikan untuk menggalakkan orang ramai hadir ke rumah ibadat itu.
Masjid Al Falah USJ 9 menerusi satu hebahan di media sosial mengajak komuniti setempat meluangkan waktu malam mereka dengan menyaksikan siaran langsung perlawanan Piala Dunia di skrin besar sambil menyertai program qiamullail yang dianjurkan.
Program berkenaan turut diselitkan dengan pelbagai aktiviti kerohanian termasuk solat berjemaah bagi mengisi malam pengunjung dengan amalan ibadah.
Berdasarkan hebahan tersebut, program akan bermula awal pagi Jumaat sempena perlawanan pembukaan antara Mexico dan Afrika Selatan yang dijadual berlangsung pada pukul 3 pagi.
Aktiviti sama akan diteruskan pada awal pagi Sabtu ketika perlawanan Kanada menentang Bosnia serta pada awal pagi Ahad membabitkan pertemuan Qatar dan Switzerland.
Bagi menambah kemeriahan, pihak masjid turut menyediakan makanan ringan dan minuman secara percuma kepada pengunjung yang hadir menyaksikan perlawanan tersebut.
Menurut perkongsian berkenaan, tayangan perlawanan pilihan akan diadakan antara pukul 12 tengah malam hingga 4 pagi sepanjang kejohanan Piala Dunia 2026 berlangsung.
Sementara itu, Radio Televisyen Malaysia (RTM) turut mengalu-alukan orang ramai hadir ke Angkasapuri untuk menonton siaran langsung Piala Dunia 2026 secara beramai-ramai.
RTM turut menyediakan juadah roti canai dan minuman teh tarik secara percuma kepada pengunjung sepanjang program tayangan khas itu berlangsung.
Berita berkaitan
June 11, 2026, 10:05 pm
Asalnya kedai runcit, Rohingya diam-diam bina sekolah di Kuala Terengganu
June 11, 2026, 9:03 pm
Dua anggota MALBATT cedera dalam serangan udara di Lubnan
June 11, 2026, 5:00 pm
'AI hanya bantu analisia, bukan ganti manusia buat keputusan dalam perniagaan' - CEO MDEC
June 11, 2026, 4:43 pm
Gagal patuh peraturan, empat penjaja Jalan Raja Laut dikenakan notis DBKL
June 11, 2026, 4:26 pm
'Teach You a Lesson': Asyraf Wajdi samakan watak bekas komando dengan warden tentera MRSM
June 11, 2026, 4:19 pm
Isu Rohingya membarah: Ayob Khan tegas pendaratan PATI perlu penyelesaian komprehensif
June 11, 2026, 4:13 pm
Tuntutan palsu Daya Kerjaya 2.0 RM9 juta: SPRM tahan 73 individu di seluruh negara
June 11, 2026, 1:46 pm
