Berita Berita
Bukan kena tumbuk, JPN Perak dedah punca sebenar insiden guru dan pelajar ketika pemeriksaan rambut di Kuala Kangsar
IPOH 11 Jun - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak menjelaskan insiden membabitkan seorang guru lelaki dan sekumpulan pelajar di sebuah sekolah menengah di Kuala Kangsar semalam berpunca daripada provokasi ketika pemeriksaan disiplin berkaitan penampilan rambut pelajar.
Pengarah Pendidikan Perak, Zulkafli Mohamed Mokhtar berkata, kejadian kira-kira pukul 7.50 pagi itu berlaku ketika pemeriksaan rambut dijalankan di dewan serbaguna sekolah.
Menurut beliau, tiga pelajar Tingkatan Lima yang didapati berambut berfesyen atau mewarnakan rambut diarahkan oleh ketua guru disiplin untuk diasingkan di bahagian tangga dewan bagi tujuan tindakan lanjut.
Bagaimanapun, ketiga-tiga pelajar berkenaan didakwa enggan mematuhi arahan dan bercakap dengan nada kasar terhadap guru terbabit.
"Ketika pemeriksaan, murid yang rambut berfesyen atau rambut yang diwarnakan diarahkan duduk di bahagian tangga dewan. Namun tiga pelajar berkenaan enggan dan menyatakan keengganan mereka dengan nada kasar.
"Guru berkenaan hilang sabar dan bertindak luar jangka kepada seorang murid itu. Guru berkenaan bagaimanapun ditenangkan, manakala dua pelajar lagi berlari sambil menjerit meninggalkan kawasan sekolah," katanya ketika dihubungi hari ini.
Susulan kejadian itu, pihak sekolah segera mengadakan pertemuan melibatkan pentadbir sekolah termasuk pengetua bersama ibu bapa pelajar yang terlibat bagi mencari penyelesaian terbaik.
Zulkafli berkata, hasil perbincangan tersebut mendapati satu sesi pertemuan lanjutan perlu diadakan melibatkan pihak sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Kangsar, Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) serta wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
Menurut beliau, ibu bapa pelajar yang ditemui turut bersetuju supaya anak mereka mematuhi peraturan sekolah, termasuk tidak lagi mewarnakan rambut, selain berharap guru berkenaan bertindak mengikut prosedur yang sewajarnya pada masa hadapan.
Terdahulu, EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah memaklumkan pihaknya sedang menunggu laporan rasmi daripada JPN Perak bagi menentukan kesahihan kejadian sebelum sebarang tindakan lanjut diputuskan.
Sebelum ini, media melaporkan seorang guru disiplin di sebuah sekolah menengah di Kuala Kangsar cedera selepas didakwa ditumbuk sekumpulan pelajar dalam kejadian yang dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap tindakan memotong rambut pelajar terbabit.
Berita berkaitan
June 11, 2026, 10:05 pm
Asalnya kedai runcit, Rohingya diam-diam bina sekolah di Kuala Terengganu
June 11, 2026, 9:31 pm
Masjid Al Falah USJ 9 ajak jemaah sertai qiamullail sambil layan 'live' Piala Dunia 2026
June 11, 2026, 9:03 pm
Dua anggota MALBATT cedera dalam serangan udara di Lubnan
June 11, 2026, 5:00 pm
'AI hanya bantu analisia, bukan ganti manusia buat keputusan dalam perniagaan' - CEO MDEC
June 11, 2026, 4:43 pm
Gagal patuh peraturan, empat penjaja Jalan Raja Laut dikenakan notis DBKL
June 11, 2026, 4:26 pm
'Teach You a Lesson': Asyraf Wajdi samakan watak bekas komando dengan warden tentera MRSM
June 11, 2026, 4:19 pm
Isu Rohingya membarah: Ayob Khan tegas pendaratan PATI perlu penyelesaian komprehensif
June 11, 2026, 4:13 pm
Tuntutan palsu Daya Kerjaya 2.0 RM9 juta: SPRM tahan 73 individu di seluruh negara
June 11, 2026, 1:46 pm
