Berita Berita
Anwar mahu pemimpin Johor bijak, berani dan tegas demi pelihara kepentingan negeri
MUAR 16 Jun – Johor memerlukan barisan kepimpinan yang bijak, tegas, serta berani membuat keputusan bagi memastikan kepentingan negeri itu terus terpelihara, selain membolehkan segala agenda pembangunan dirancang dapat dilaksanakan secara berkesan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, kepimpinan di peringkat negeri wajib mempunyai pendirian yang jelas dalam menentukan hala tuju pentadbiran, terutamanya bagi sebuah negeri besar yang memiliki potensi ekonomi sangat tinggi seperti Johor.
Menurut beliau, Johor mempunyai kelebihan dari sudut strategik yang mampu dimanfaatkan sepenuhnya, sekali gus berupaya menarik lebih banyak kemasukan pelaburan asing sekiranya ditadbir urus dengan baik.
“Kita mahu ketua di negeri macam PM (Perdana Menteri) juga, firm, kawan dengan Donald Trump (Presiden Amerika Syarikat), kawan dengan Xi Jinping (Presiden China).
“Kalau Eropah tak betul, no way, kita cakap baru orang hormat kita, kita bebas merdeka, we are friends to all tapi kita jaga kita punya polisi. Dia buat tak betul itu (seperti di) Gaza, kita cakap tak betul. Tapi saya bukan syok saya cakap kerana saya wakil rakyat Malaysia,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Ceramah Umum Pakatan Harapan (PH) ‘Keadilan untuk Bangsa Johor’ yang berlangsung di Bukit Bakri di sini, malam tadi.
Anwar menambah, walaupun rakyat Johor mempunyai hak mutlak dalam menentukan kepimpinan pilihan mereka, pemimpin yang bakal menerajui negeri itu kelak mestilah mempunyai keupayaan yang tinggi untuk berunding, membuat keputusan, serta sentiasa memperjuangkan keutamaan serta kepentingan pasaran domestik Johor.
“Mahu Johor senang, senang ruling (ditadbir), senang tolong, senang bincang. Ini sebahagian negara kita. Siapa Johor mahu pilih itu Johor punya keputusan. Apa Johor punya keutamaan itu (adalah) dia (pemimpin yang) boleh bincang.
“Sebab itu saya kata pimpinan di Johor ini mesti orang yang bijak dan orang yang berani. Baru dia boleh buat keputusan, jaga kepentingan Johor tapi dia tahu Johor is part of Malaysia,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Anwar turut memberi jaminan bahawa kerajaan Persekutuan akan sentiasa memastikan aspek kebajikan rakyat di semua negeri—termasuk negeri yang ditadbir oleh blok pembangkang—terus terbela.
Jelas beliau, segala bentuk bantuan dan peruntukan akan terus disalurkan secara adil berdasarkan keperluan mendesak rakyat tanpa mengira sebarang latar belakang fahaman politik. Pendekatan inklusif tersebut telah pun diterapkan di seluruh negara termasuk di Kelantan, khususnya dalam menyelesaikan isu-isu kritikal seperti pasca-banjir dan pembangunan infrastruktur setempat.
Berita berkaitan
June 16, 2026, 4:13 pm
Remaja perempuan 15 tahun hilang selepas dikesan tidak hadir ke sekolah
June 16, 2026, 4:05 pm
Latihan baling grenad berdarah: TDM sahkan identiti dua anggota maut di Kem Hobart
June 16, 2026, 3:59 pm
Dua anggota tentera maut terkena bom ketika latihan di Kem Hobart
June 16, 2026, 1:04 pm
Tuduhan pelarian Rohingya dilayan tidak berperikemanusiaan adalah tidak benar - KDN
June 16, 2026, 12:51 pm
177 premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup, isu tikus dan makhluk perosak jadi punca utama
June 16, 2026, 12:43 pm
Pelajar tingkatan dua maut, motosikal rempuh ambulans di persimpangan
June 16, 2026, 12:31 pm
Ibu tiri didakwa bunuh anak empat tahun
June 16, 2026, 10:31 am
