Berita Berita
Dua suspek letupan landasan kereta api di India dihantar pulang dari Malaysia
KUALA LUMPUR 18 Jun – Dua lelaki yang menjadi antara individu paling dikehendaki pihak berkuasa India selepas disyaki terbabit dalam insiden letupan landasan kereta api di Patiala, Punjab pada 27 April lalu, dihantar pulang ke negara asal mereka hari ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Kumar S. Muthuvelu berkata, kedua-dua suspek yang berusia 22 dan 32 tahun itu ditahan di daerah Brickfields pada 30 Mei lalu hasil kerjasama antara pihak berkuasa Malaysia dan India.
Menurut beliau, pihak berkuasa India sebelum ini telah memohon bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengesan dan menahan kedua-dua individu terbabit.
“Pihak berkuasa negara India telah memohon bantuan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengesan dan menangkap kedua-dua subjek (suspek) terbabit.
“Kolaborasi ini mencerminkan komitmen berterusan PDRM dalam membanteras jenayah rentas sempadan di samping memperkukuh sinergi keselamatan di peringkat antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, tindakan menghantar pulang kedua-dua suspek itu turut membuktikan pendirian tegas Malaysia dalam memastikan negara ini tidak dijadikan tempat persembunyian oleh individu yang cuba melarikan diri daripada tindakan undang-undang.
“Tindakan ini juga membuktikan Malaysia tidak akan menjadi tempat perlindungan terhadap mana-mana individu yang cuba melarikan diri daripada proses keadilan jenayah,” katanya.
Kedua-dua suspek dipercayai terlibat dalam kejadian letupan yang merosakkan landasan kereta api di Patiala, Punjab dan menjadi buruan pihak berkuasa India sebelum berjaya dikesan serta ditahan di Malaysia.
Berita berkaitan
June 18, 2026, 10:35 am
UM lakar sejarah lonjak ke kedudukan ke-56 dunia dalam QS World University Rankings 2027
June 18, 2026, 10:32 am
Agong, Pemangku Sultan Johor titah jaga adab, tertib sepanjang kempen PRN - Onn Hafiz
June 18, 2026, 10:28 am
Kereta pandu lawan arus rempuh lori di Lebuh Raya KL-Karak, pemandu tersepit
June 18, 2026, 7:39 am
Faiz Na'aman dakwa Muhyiddin 'ditikam' individu yang diberi laluan mudah
June 18, 2026, 6:57 am
Wan Ahmad Fayhsal kecewa Muhyiddin gagal urus konflik, dakwa BERSATU di ambang kehancuran
June 17, 2026, 7:59 pm
Harga diesel turun 30 sen kepada RM4.37 seliter mulai esok
June 17, 2026, 7:46 pm
Pekerja maut dipercayai tersedut dalam tangki air ketika kerja penyelenggaraan
June 17, 2026, 6:09 pm
