Berita Berita
Agong, Pemangku Sultan Johor titah jaga adab, tertib sepanjang kempen PRN - Onn Hafiz
JOHOR BAHRU 18 Jun – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menitahkan agar semua pihak yang terlibat menjaga adab serta tertib sepanjang tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memaklumkan bahawa pesanan penting itu disampaikan ketika beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong dan Pemangku Sultan Johor. Baginda berdua mahu cara berpolitik di Johor yang sentiasa mengutamakan kematangan serta rasa hormat antara satu sama lain terus dipertahankan.
"Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dan Pemangku Sultan Johor mengingatkan saya, kata 'Datuk, Johor mesti jadi Johor', maksudnya dari segi adab kita berkempen, tertib kita berkempen mesti melambangkan cara kita," katanya ketika ditemui media di kediaman rasminya di Saujana, di sini semalam.
Onn Hafiz menjelaskan, budaya politik Johor yang bersifat sederhana dan tidak melampau telah lama dipraktikkan, termasuk semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor. Mengambil contoh suasana persidangan itu, beliau menegaskan bahawa perbezaan pendapat masih boleh disuarakan dengan baik tanpa perlu mencetuskan kekecohan.
"Kita masih boleh mengutarakan pendapat kita, tapi tidak melalui 'pertandingan menjerit', tidak ada kerusi yang melayang, tidak ada caci maki, maki hamun. Mengapa kita tak boleh menunjukkan kematangan dan sikap menghormati walaupun ada perbezaan pendapat? Memberikan pendapat itu memang sepatutnya berlaku, tapi cara bagaimana kita menyampaikannya sangat penting," katanya yang turut mengimbas kembali titah Tuanku sebelum ini yang menegaskan bahawa DUN bukan sebuah 'zoo'.
Dalam pada itu, menyentuh mengenai kedudukan beliau yang kini dilihat sebagai 'poster boy' bagi pilihan raya kali ini, Onn Hafiz menegaskan status berkenaan bukanlah satu jaminan mutlak untuk beliau dilantik semula sebagai Menteri Besar sekiranya parti berjaya membentuk kerajaan baharu.
Beliau berkata, kuasa dan perkenan daripada pihak istana adalah perkara paling utama dalam menentukan individu yang layak menerajui pentadbiran kerajaan negeri.
"Sebagai Menteri Besar, saya akan dilihat sebagai 'poster boy', itu perkara biasa. Tapi kita jelas bahawa apa pun keadaan, yang akan menentukan siapa Menteri Besar ialah Sultan Johor atau Pemangku Sultan Johor. Perkenan Istana Johor sangat penting," katanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan hari pengundian bagi PRN Johor bakal berlangsung pada 11 Julai ini, manakala tarikh penamaan calon ditetapkan pada 27 Jun dan hari pengundian awal pula pada 7 Julai.
Berita berkaitan
June 18, 2026, 12:43 pm
CEO Perbadanan Stadium Malaysia didakwa atas 7 pertuduhan rasuah RM1.45 juta
June 18, 2026, 12:19 pm
Jurujual mengaku bersalah tetak penunggang motosikal guna pisau pemotong daging
June 18, 2026, 12:05 pm
Keputusan STPM 2025: Pencapaian PNGK Nasional tertinggi dicatatkan sejak 2013
June 18, 2026, 10:35 am
UM lakar sejarah lonjak ke kedudukan ke-56 dunia dalam QS World University Rankings 2027
June 18, 2026, 10:28 am
Kereta pandu lawan arus rempuh lori di Lebuh Raya KL-Karak, pemandu tersepit
June 18, 2026, 8:58 am
Dua suspek letupan landasan kereta api di India dihantar pulang dari Malaysia
June 18, 2026, 7:39 am
Faiz Na'aman dakwa Muhyiddin 'ditikam' individu yang diberi laluan mudah
June 18, 2026, 6:57 am
Wan Ahmad Fayhsal kecewa Muhyiddin gagal urus konflik, dakwa BERSATU di ambang kehancuran
June 17, 2026, 7:59 pm
